Port Cafe Baru Di Ipoh, Makan Dalam Suasana Flora Memang Layan

Bila sebut je Ipoh, mesti ramai yang akan ingat cafe hispter di Pekan Ipoh kan? Haa, selalunya cafe hipster ni dah biasa kan? Tapi kalini di Ipoh ada satu port lepak baru tapi yang uniknya cafe ni dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik. Memang sesuai sangat kalau anda yang nak lepak chill dan berootd bersama kawan-kawan anda.

Dengar cerita, makanana di sini juga sangatlah menarik dan sedap! ada kek, roti dan air coffee. Memang layan lah kalau lepak dekat sini. Nama kedai ni ialah Asow Eatery Canteen dan terletak di Taman Jubilee, Ipoh.

Port Baru Di Ipoh, Makan Dalam Suasana Flora Memang Layan:

Sebuah akaun di Twitter @aizamsyaff ada berkongsi perkongsiannya datang makan di cafe Asow Eatery Canteen. 

Last Sunday at Asow Eatery Canteen, Ipoh. Seasalt Latte & French Butter Croissant. Personally, for me, French Butter Croissant is highly recommended! (Include Vanilla Gelato Ice-cream)

Kalau korang pecinta kopi juga, korang kena datang dan cuba kopi-kopi yang dijual di sini tau. Kat sini ada banyak pilihan kopi yang menarik yang boleh korang minum.

Sambil-sambil minum korang boleh jugak berootd di sini. Tempatnya juga dah la cantik! Rugi kalau korang tak tangkap gambar banyak banyak.

Best port for ootd also

Korang tengok la sendiri gambar di atas, memang cafe ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan. Best gila memang rasa fresh je kalau lepak kat sini.

Bukan setakat bunga bungaan je tau yang ada kat sini, ikan pun ada! Memang best la kalau lepak makan kat sini.

Dan aku suka kat bahagian ini. Hahaha comel sebab ada ikan ikan smoll dalam tu

Korang jangan ingat pokok kat sini pokok tiruan tau sebab owner kedai ni sendiri yang cakap semua tumbuhan dekat dalam kedai ni adalah tumbuhan yang ori haa best kan?

And those daun daun segala tumbuh tumbuhan itu 100% real. Not fake. Owner said. So kewl. Buka buka je dah dengar bunyi burung

Jadi kalau korang ada plan nak bercuti dan lepak di Ipoh, korang jangan lupa datang ke cafe ni tau!

Alamat: 187a, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM – 10PM)

Sumber: @aizamsyaff

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN