Resipi sambal kicap power hasil perkongsian oleh Ida Hassan ini nampak biasa je, tapi sebenarnya ada ramuan istimewa yang membuat ia jadi lebih sedap dan rasa ‘luar biasa’. Siapa yang kurang mahir buat sambal kicap, bolehlah cuba resipi di bawah ini.
Sesuai dimakan dengan apa saja seperti pisang goreng, soto, mihun sup dan sebagainya. Malah jika disimpan dalam peti sejuk, sambal ni boleh tahan hingga sebulan. Memang berbaloi kan?
Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Tomyam Padu, Resipi Ori Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!
RESIPI SAMBAL KICAP POWER
Bahan-bahan:
- 1 genggam cili padi
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji limau kasturi ( pilih buah yang masak)
- 1 cawan kicap manis
- 2 sudu gula pasir
Cara memasak:
- Ambil limau kasturi, belah dua dan buang bijinya bagi mengelakkan sambal menjadi pahit.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar lumat. Untuk limau kasturi, masukkan 2 biji sahaja. Satu biji lagi hanya perah jusnya sahaja dan kulit dihiris halus.
- Bila siap dikisar, masukkan kulit limau yang dihiris tadi ke dalam campuran sambal kicap.
- Letak sambal kicap dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dinikmati.
Kredit resipi: Ida Hassan