ulat tepung gandum

Umum mengetahui bahawa banyak kegunaan tepung gandum dalam kehidupan seharian. Jika mahu membuat lempeng, roti, kek dan pelbagai lagi sememangnya perlu menggunakan gandum ini.

Setiap kali digunakan juga, tepung gandum perlu diayak terlebih dahulu supaya teksturnya lebih lembut, mudah diadun, tidak kental dan hasilnya enak.

Kenapa perlu tapis tepung?

Selain daripada itu, mengayak tepung juga bertujuan untuk membuang segala kotoran yang mungkin ada di dalam tepung sama ada dilihat secara kasar atau tidak.

Seorang pengguna laman sosial TikTok, @cerokdapodotcom ada berkongsikan satu kejadian di mana di menemui banyak ulat halus dan kecil selepas menapis tepung.

Ulat kecil yang masih lagi bergerak itu dapat dilihat dengan jelas menerusi video yang telah dikongsikan itu.

Menurut pengguna akaun TikTok ini, penemuan tersebut antara sebab kenapa tepung gandum perlu ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan. Biasanya tepung tersebut perlu dibuang saja jika terjumpa ulat seperti ini.

Lihat video penuh di bawah:

Sumber: @cerokdapodotcom (TikTok)

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN