singgang pedas

Rupanya asam pedas ada banyak versi. Salah satunya adalah versi pantai timur yang dipanggil singgang pedas.

Cara penyediaanya juga sangat senang sebab tak perlu tumis, cuma rebus saja. Menu ini juga sangat sesuai untuk yang sedang diet.

Nak cuba? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst di bawah.

RESIPI SINGGANG PEDAS CARA PANTAI TIMUR

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi saiz sedang 4 ekor
  • Bawang besar 1biji*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • Kunyit 1/2 inci (boleh ganti serbuk kunyit)*
  • Lengkuas 1/4 inci*
  • 3 tangkai lada kering yang direbus (cili kisar pun boleh)*
  • 5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan belah 2
  • Bendi (tadi takde)
  • Garam & serbuk perasa

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*) dengan air.

2. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.

3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita nak.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa, bila ikan dah masak boleh tambah bendi. Siap! Sedap dan serious mudahh

 

Makan dengan sambal pauh, ada pulak ikan keringg. Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Afidah Catalyst

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN