mee kuah udang

Makan malam tak tahu nak masak apa? Apa kata jom cuba resipi mee kuah udang yang nampak menyelerakan ini.

Simple tapi sedap! Pasti dapat memikat hati mentua dan seluruh keluarga anda. Jom lihat cara membuatnya di bawah.

Resipi Mee Kuah Udang Simple Tapi Lazat

Bahan-bahan:

  • Kulit & kepala udang (kisar dan tapis)
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Cili kisar 3-4 sudu
  • Sup tomato 6 sudu
  • Sayur sawi
  • Udang
  • 1 paket mee
  • Fish cake
  • Telur rebus
  • Daun bawang
  • Cili hidup

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih can cili kisar.
  2. Bila dah pecah minyak, masukkan air udang. Tambahkan air secukupnya.
  3. Masukkan suo tomato.
  4. Bila dah mendidih, masukkan udang.
  5. Masukkan pula sayur sawi.
  6. Perasakan dengan garam, penambah perisa secukupnya.
  7. Masukkan mee, kacau rata.
  8. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Kredit: Muhamad Ismail Mohd Ali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN