sambal belacan super simple

Seorang peniaga nasi campur berkongsikan resipi sambal belacan super simple hasil jualannya yang hampir mencecah 10 tahun.

Menurutnya, semua pelanggan cukup suka sambal seperti ini. Memang ngam bila makan dengan nasi campur. Cara membuatnya juga tersangatlah mudah.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi yang telah dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh di bawah. Semoga bermanfaat!

Resipi Sambal Belacan Super Simple

Bahan-bahan:

  • 1 genggam cili api merah
  • 1 genggam cili api hijau
  • 1 genggam cili besar merah
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Gula 3 sudu besar
  • Garam 2 sudu besar
  • Ajinamoto 1 sudu kecil
  • Cuka makan 4 sudu makan

Cara-cara:

1. Bakar bawang putih, bawang besar serta belacan terlebih dahulu jika mahu sambal rasa lebih sedap.

2. Kisar semua bahan-bahan di atas.

3. Jika dibuat untuk kegunaan sehari, boleh kisar bersama air. Kalau untuk kegunaan dan simpan lama, kisar menggunakan cuka makan sahaja. Tapis dan ambil cuka yang sama, kisar yang seterusnya.

sambal belacan super simple

Kredit: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: 5 Resipi Sambal Homemade Sedap & Petua Tahan Lama Supaya Tidak Berkulat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN