cara goreng ikan

Sebelum ini jika menggoreng ikan, kita cuma lumur garam dan kunyit saja kan? Itu pun dah cukup sedap. Kalau kita jom cuba cara goreng ikan stail orang dulu-dulu ini pasti bertambah-tambah sedapnya.

Zaman sekarang dah jarang jumpa orang goreng ikan macam ini. Sedap dia memang lain macam, bukan biasa-biasa! Nak tahu macam mana caranya? Jom baca perkongsian oleh Ummi Hana di bawah.

Baca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tak Hanyir & Tak Melekat Pada Kuali, Hanya Guna Satu Bahan Ini

Cara Goreng Ikan Stail Orang Dulu-Dulu

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar garam halus
  • Belacan sedikit (jika suka)

Cara-cara:

  1. Ambil lesung, tumbuk kunyit hidup, belacan dan garam sehingga hancur. Kemudian tumbuk bawang merah dan bawang putih. Pastikan jangan terlalu lumat sangat.
  2. Masukkan pula cili kisar dan gaul rata. Simpan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais.
  3. Ambil sedikit bila nak guna, lumur sehingga rata pada ikan dan perap sekejap. Kemudian boleh digoreng.
  4. Sisa minyak goreng ikan tadi sedap jika dibuat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.

cara goreng ikan

Kredit: Ummi Hana

Baca juga: Mudahnya Buat ‘Cencaru Sumbat Sambal’ Guna Air Fryer, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN