garlic chili oil

Wajib cuba resipi Garlic Chili Oil ni. Sedap bila dimakan bersama bubur, sup ayam ataupun untuk dicicah dumpling.

Mudah saja cara membuatnya, 10 minit dah siap buat. Tapi kena tahu tekniknya yang betul kalau tak nak chili oil menjadi hitam, hangit dan rasa pahit.

Paling penting untuk masak chili oil ni, api tak boleh besar. Jom lihat cara membuatnya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Zurina Zulkefli. 

Resipi Garlic Chili Oil

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar chili flakes korea (Gochugaru) atau chili flakes biasa
  • 4 sekawan
  • 7 ulas bawang putih (dicincang halus, lagi halus lagi rangup)

Cara-cara:

1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.

2. Masukkan dahulu 4 sekawan.

3. Kemudian masukkan bawang putih, gaul dan masak.

4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan ya sebab kita tak nak garlic kita rasa pahit.

5. Masukkan chili flakes dan 2 cubitan garam halus untuk rasa sedikit masin. Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.

6. Siap!

Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.

Ini gambar chili oil saya yang dulu, makan dengan bubur kosong. Sedap.

Kredit: Zurina Zulkefli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN