pancake korea

Peminat drama Korea pasti tahu menu Pancake Korea atau lebih dikenali sebagai Pajeon ini. Teksturnya seolah-olah macam lempeng tapi lempeng versi Korea. Bahan-bahan yang digunakan juga bahan asas yang biasa ada di dapur.

Resipi asal di Korea menggunakan daun bawang sebagai salah satu bahannya. Namun boleh digantikan dengan daun kucai supaya lebih sesuai dengan citarasa dan tekak orang Malaysia. Rasanya juga akan menjadi lebih wangi dan sedap.

Jom lihat cara membuat Pancake Korea di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Affieyza Isahak. Selamat mencuba!

Cara Buat Pancake Korea

Bahan-bahan:

  • 1 cawan penuh tepung gandum
  • 2 sudu penuh tepung jagung
  • 1 cawan air kosong
  • Sedikit garam & gula
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • Cili merah
  • Lobak merah
  • Kucai (Cik Dieyza kerat agak pendek tapi di Korea mereka tak kerat. Risau susah nak makan, tu kerat sikit)
  • Udang (cincang)
  • Sekeping keju yang dicarik-carik
  • 1 biji telur (dipukul)

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, air, gula, keju dan garam. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 bahagian lebih, satu lagi kurangkan.

2. Masukkan kucai ke dalam bekas adunan yang lebih. Gaul rata.

3. Panaskan kuali, tuang adunan kucai bagi rata dan nipis. Api sentiasa perlahan.

4. Dalam dua minit, tabur hirisan lobak merah, selepas dua minit, tuang dalam 3 sudu adunan yang kurang tadi di seluruh permukaan. Tambahkan udang dan tuang telur.

pancake korea

5. Tabur hirisan cili merah dan sedikit lagi hirisan kucai. Tutup kuali.

6. Boleh terbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak dan garing. Tunggu sebelah lagi masak dengan cantik, boleh tutup api. Siap.

pancake korea

Bahan sos:

  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4 sudu air kosong
  • 3 sudu kicap
  • 1/2 sudu serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu cuka
  • 2 tangkai cili kering (hiris halus)
  • 1/2 sudu gula
  • 1/2 bijan

Cara-cara:

Campurkan semua bahan sampai sebati. Siap

pancake korea

Kredit: Novelis Affieyza Isahak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN