PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-24 03:26:39

Bomboloni adalah donat Itali yang dipenuhi dengan inti yang pelbagai. Ia dimakan sebagai makanan ringan atau pencuci mulut. Resepi ni menjadi viral sejak kebelakangan ni. Tetapi sebenarnya kuih viral ini sangat mudah untuk disediakan di rumah kerana cara pembuatannya lebih kurang sama dengan cara pembuatan donut cuma ianya ditambah dengan inti di dalam. Jadi mari kita cuba resepi Bomboloni yang dikongsikan oleh Nurah di kumpulan Resepi Masakan Semudah Abc.

Kredit: Nurah

 

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan susu segar / susu pekat manis tin (suam-suam kuku)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1sudu besar baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar mentega (sejuk

 

Cara-cara:

  1. Kacau gula dan yis di dalam susu segar/ tin suam dan biarkan sehingga yis kembang dan berbuih. Lebih kurang 15-20 minit.
  2. Campurkan tepung, baking powder dengan garam, esen vanila dan telur. Pukul atau uli dengan tangan sehingga rata.
  3. Masukkan susu tadi kedalam adunan tepung. Pukul atau uli sehingga sebati.
  4. Masukkan mentega sejuk ke dalam adunan dan pukul lagi atau uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  5. Rehatkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda lebih kurang 60 minit.
  6. Setelah kembang, leperkan. Adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.
  7. Biarkan doh kembang seketika.
  8. Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.
  9. Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.
  10. Angkat dan biarkan ia sejuk seketika.
  11. Bila donut dah suam boleh golek golekkan atas gula castor dan cinnamon. Kemudian cucuk lubang dengan straw  dan picit nutella dalam tu.

 

Kredit: Nurah

 

Kredit: Nurah

 

Selamat Mencuba

Kredit: Nurah

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN