Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu berkesempatan untuk pulang ke kampung? Apa kata cuba buat sendiri di rumah menggunakan bancuhan tepung yang mudah disediakan ini.

Keistimewaan resipi ini terletak pada salutan tepungnya yang nipis, sedikit berhabuk dan rangup apabila digoreng. Sukatan bahan juga sudah beberapa kali dicuba sehingga mendapat tekstur yang diinginkan, dengan tepung yang melekat elok pada ikan.

Menariknya, bancuhan ini bukan sahaja sesuai untuk ikan selar atau sardin, malah boleh digunakan untuk menggoreng pisang dan seafood. Memang berbaloi untuk disimpan sebagai resipi kegemaran keluarga!

Baca juga: Ikan Goreng Masak Asam, Menu Ringkas Tapi Rasa Masam Pedasnya Buat Selera Makin Naik

RESIPI IKAN CELUP TEPUNG TERENGGANU

ikan celup tepung terengganu-Bahan-bahan:

  • 250g tepung beras
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil perasa
  • 1 sudu kecil air kapur
  • Air secukupnya
  • Ikan pilihan (ikan selar atau sardin)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung beras, serbuk kunyit, garam dan perasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan telur dan air kapur, kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  3. Laraskan air sehingga bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat. Pastikan teksturnya sesuai untuk menyalut ikan.
  4. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung sehingga rata.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing keemasan. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Sumber: Threads @fakhruddinghani

Baca juga: Ikan Goreng Kunyit Rangup & Sedap, Resipi Mudah Perap 30 Minit Confirm Jadi Kegemaran Ramai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending