Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan rasa berbeza. Tauhu telur digoreng sehingga keemasan sebelum disalut dengan campuran nestum yang rangup.
Gabungan mentega, bawang putih dan daun kari menghasilkan aroma yang harum serta rasa lemak. Cili padi pula memberikan sedikit rasa pedas yang melengkapkan salutan nestum.
Hidangan ini sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam. Pastikan tauhu telur digoreng dengan sempurna supaya bahagian luarnya rangup tanpa menghilangkan tekstur lembut di dalam.
Baca juga: Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!
RESEPI TAUHU TELUR NESTUM BUTTER
Bahan-bahan:
- 2 pek tauhu telur
- 1 biji telur (pilihan)
- ½ cawan tepung goreng serbaguna
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan salutan nestum:
- 2 sudu besar mentega
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 5–6 tangkai cili padi dihiris
- 2 tangkai daun kari
- 1 cawan nestum
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- ½ sudu kecil serbuk perasa
Cara penyediaan:
- Potong tauhu telur kepada ketulan bersaiz sederhana. Toskan air dan lap perlahan-lahan menggunakan tisu dapur.
- Jika menggunakan telur, celup ketulan tauhu telur ke dalam telur yang telah dipukul.
- Salut tauhu telur dengan tepung goreng sehingga rata. Jika tidak menggunakan telur, terus salut tauhu telur dengan tepung.
- Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sehingga keemasan serta rangup. Angkat dan toskan minyak.
- Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api kecil. Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan nestum, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata sehingga nestum sedikit garing.
- Masukkan tauhu telur goreng dan gaul perlahan-lahan sehingga semua bahagian bersalut dengan campuran nestum.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nota: Gaul tauhu telur secara perlahan supaya teksturnya tidak hancur. Masukkan tauhu telur hanya selepas salutan nestum siap supaya kekal rangup.
Sumber: Threads @nrmysarrah_
Baca juga: Resipi Tauhu Sumbat Goreng Rangup, Letak Inti Sayur Penuh Macam Ini Memang Puas Hati!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

