Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga. Rasanya yang sedikit manis dan pedas dengan kuah merah yang pekat menjadikan lauk ini sesuai untuk pelbagai peringkat usia.
Keistimewaan hidangan ini terletak pada gabungan rasa rempah, cili dan bahan tumisan yang menghasilkan kuah beraroma. Ayam yang digoreng terlebih dahulu pula memberikan tekstur yang lebih menarik apabila digaul bersama kuah.
Resipi ayam masak merah simple ini juga tidak memerlukan banyak bahan atau teknik memasak yang rumit. Anda boleh menyediakan hidangan ini di rumah tanpa mengambil masa yang terlalu lama, sesuai untuk melengkapkan menu makan tengah hari.
Baca juga: Ayam Masak Santan Dengan Sentuhan Limau, Kuah Lemak Berkrim Pula Buat Makin Sedap!
RESIPI AYAM MASAK MERAH PEKAT
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai, dititik
- 4 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili (pilihan)
- Ayam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Perasa secukupnya
- Bawang holland, dihiris
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
Cara penyediaan:
- Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan.
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit air secara berperingkat sebanyak tiga kali supaya cili benar-benar masak dan tidak berbau mentah.
- Masukkan garam, gula, perasa dan sos cili. Kacau sehingga sebati.
- Tambahkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga ayam bersalut rata dengan kuah.
- Akhir sekali, taburkan hirisan bawang Holland. Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Threads @izzatimi
Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

