Resepi puding susu ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian minum petang kerana rasanya yang manis dan berlemak, selain mempunyai tekstur lembut yang menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas dan mudah didapati di rumah.
Menariknya, resipi ini tidak memerlukan telur atau gelatin untuk menghasilkan tekstur puding yang elok. Gabungan susu penuh krim dan tepung jagung menjadikan adunan pekat seperti kastard, tetapi masih lembut apabila dinikmati.
Taburan kelapa kering pula menambahkan rasa lemak pada setiap potongan puding. Setelah disejukkan di dalam peti sejuk, puding ini boleh dipotong mengikut saiz yang digemari dan dihidangkan sebagai teman minum petang bersama keluarga.
Baca juga: Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!
RESEPI PUDING SUSU
Bahan-bahan:
- 2 cawan susu full cream
- 2–3 sudu besar tepung jagung
- 1–2 sudu besar gula pasir
- Secubit garam
- Kelapa kering (desiccated coconut) secukupnya untuk taburan
- Sedikit susu cair atau whipping cream (pilihan)
Cara penyediaan:
- Masukkan susu full cream dan tepung jagung ke dalam periuk ketika susu masih sejuk. Kacau sehingga tepung jagung larut sepenuhnya dan tidak berketul.
- Tambahkan gula pasir dan secubit garam. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Hidupkan api perlahan dan masak adunan sambil dikacau tanpa henti. Pastikan bahagian bawah periuk tidak melekat atau hangit.
- Teruskan memasak sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat seperti kastard. Tutup api setelah mencapai tekstur yang diinginkan.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas empat segi atau loyang kecil yang telah disapu sedikit minyak atau dialas dengan plastik.
- Ratakan permukaan adunan, kemudian taburkan kelapa kering secukupnya.
- Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam peti sejuk sehingga betul-betul mengeras.
- Setelah set, keluarkan puding daripada bekas dan potong mengikut saiz yang digemari. Nikmati ketika sejuk.
Sumber: Threads @korangmasakapaharini
Baca juga: Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

