Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Gabungan cili merah, bawang putih, gula dan cuka menghasilkan rasa masam manis dengan sedikit kepedasan yang sesuai dijadikan pencicah pelbagai hidangan.

Kalau selalu makan ayam goreng, makanan laut atau keropok lekor bersama sos Thai, apa kata cuba buat sendiri? Bukan sahaja mudah disediakan, malah boleh laraskan tahap kepedasan mengikut cita rasa masing-masing.

Resipi sos Thai perkongsian Mak Lilly ini menggunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah supaya teksturnya lebih likat dan cantik. Setelah siap dimasak dan disejukkan, simpan dalam botol kedap udara untuk memudahkan penggunaan.

Baca juga: Resipi Fish Ball Homemade Guna Isi Ikan Selayang, Mudah Rupanya…Uli Uli Siap!

RESEPI SOS THAI HOMEMADE

resepi sos thai

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih, dikupas
  • 2 biji cili merah (tambah cili padi jika suka pedas)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar air (untuk bancuhan tepung jagung)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang putih, cili merah, gula pasir, air, cuka dan garam ke dalam pengisar. Kisar sehingga semua bahan sebati. Jangan masukkan tepung jagung.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.
  3. Apabila campuran mula mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.
  4. Kacau tanpa henti selama kira-kira 1 minit sehingga tepung jagung masak dan sos mula memekat.
  5. Tutup api dan biarkan sos sejuk sepenuhnya.
  6. Setelah sejuk, masukkan ke dalam botol kedap udara untuk disimpan.

Sumber: Toh Kah Hui

Baca juga: Resipi Sos Yogurt Homemade Rendah Karbohidrat, Nak Makan Dengan Salad Atau Ayam Pun Boleh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending