Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan. Cendawan enoki yang disalut tepung dan digoreng sehingga rangup kemudian digaul bersama sos telur masin memang sesuai untuk penggemar hidangan bercitarasa lemak dan sedikit pedas.
Untuk menyediakan hidangan ini, cendawan enoki perlu dicelup ke dalam telur sebelum disalut dengan tepung goreng serbaguna. Kemudian, goreng sehingga berwarna kekuningan dan teksturnya rangup.
Lebih istimewa, cendawan goreng ini akan digaul bersama sos telur masin. Gabungan bahan tersebut menghasilkan kudapan yang rangup dengan rasa masin berlemak.
Baca juga: Resipi Sayur Pedas Cendawan Busut ‘Legend’, Lauk Kampung Ringkas Yang Buat Rindu Zaman Dulu
RESIPI CENDAWAN ENOKI GORENG SALTED EGG

Bahan-bahan:
- 3 bungkus cendawan enoki
- 2 biji telur ayam
- Tepung goreng serbaguna
- Cili padi
- Daun kari
- 3 biji telur masin (direbus dan diambil kuningnya sahaja, kemudian dihancurkan)
- Mentega
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- Serbuk perasa
- Gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
- Celupkan cendawan enoki ke dalam telur yang telah dipukul. Pastikan keseluruhan bahagian cendawan terkena telur.
- Angkat dan salutkan cendawan dengan tepung goreng serbaguna sehingga rata.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cendawan enoki yang telah disalut tepung.
- Goreng sehingga berwarna kekuningan dan teksturnya rangup. Angkat dan toskan minyak.
Cara penyediaan sos salted egg:
- Panaskan mentega secukupnya di dalam kuali.
- Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sehingga naik bau.
- Tambahkan daun kari dan cili padi. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan. Gaul sehingga rata.
- Perasakan dengan serbuk perasa dan gula mengikut citarasa.
Masukkan cendawan enoki yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga keseluruhan cendawan bersalut dengan sos telur masin. Enoki goreng salted egg siap untuk dihidangkan! Boleh makan begitu sahaja sebagai kudapan atau jadikan hidangan sampingan bersama nasi. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: 13 Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan, Rupanya Banyak Yang Kita Jarang Jumpa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

