Sambal jawa resepi ini menggabungkan pelbagai bahan seperti tempe, tauhu, kentang dan sayur-sayuran dalam satu hidangan. Berbeza daripada sambal biasa, resipi ini mempunyai lebih banyak tekstur kerana menggunakan bahan yang digoreng dan dicampurkan bersama sambal.
Keseimbangan rasa pedas, manis dan masam menjadikan hidangan ini mempunyai rasa tersendiri. Kicap manis digunakan dalam kuantiti sedikit supaya rasa sambal tidak terlalu manis, manakala air asam jawa memberikan sedikit rasa masam.
Menariknya, penggunaan udang kering juga boleh diubah mengikut bahan yang ada. Jika tiada udang kering, udang biasa boleh digunakan sebagai ganti. Hidangan ini sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam.
Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Goreng & Tumbuk Kasar-Kasar Macam INI Barulah Lebih Terasa!
SAMBAL JAWA RESEPI MUDAH

Bahan-bahan:
- 2 keping tempe
- 2–3 keping tauhu
- 2 biji kentang
- 1 biji bawang merah
- 4–5 ulas bawang putih
- Cili kering yang telah dikisar
- 1 genggam udang kering (boleh digantikan dengan udang biasa)
- 2 sudu besar air asam jawa
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil kicap manis
- Kacang buncis secukupnya
- Suhun secukupnya
- Fucuk secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara penyediaan:
- Potong tempe, tauhu dan kentang berbentuk dadu. Goreng ketiga-tiga bahan sehingga masak dan sedikit keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis kedua-duanya sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering kisar dan udang kering. Tumis sehingga pecah minyak dan sambal menjadi lebih masak.
- Bancuh 2 sudu besar asam jawa dengan sedikit air. Tuangkan ke dalam sambal bersama garam dan kacau sebati.
- Apabila sambal kembali pecah minyak, masukkan kacang buncis dan kicap manis. Gaul rata.
- Masukkan tempe, tauhu dan kentang yang telah digoreng tadi.
- Akhir sekali, masukkan suhun dan fucuk yang telah direndam sehingga lembut. Gaul semua bahan sehingga sebati dan kuah sambal meliputi setiap bahan.
- Tutup api dan sambal Jawa sedia untuk dihidangkan.
Nota: Jika menggunakan udang biasa sebagai pengganti udang kering, boleh masukkan udang selepas menumis cili dan masak sehingga udang berubah warna.
Sumber: Threads @eire.nova
Baca juga: Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

