Masak ikan kicap boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan malam bersama keluarga. Gabungan rasa manis dan masin dalam kuah kicap menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan, terutama bagi mereka yang mahukan menu ringkas selepas seharian sibuk bekerja.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada kuah kicap yang meresap ke dalam ikan goreng. Aroma bawang dan halia pula memberikan rasa yang lebih harum, manakala hirisan lada merah menambahkan sedikit rasa pedas yang menaikkan selera.

Bagi yang sudah bosan dengan ikan goreng biasa, resipi ini boleh menjadi pilihan untuk mempelbagaikan menu makan malam. Kuahnya yang pekat dan cukup rasa juga sesuai dinikmati bersama hidangan sampingan kegemaran keluarga.

Baca juga: Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

CARA MASAK IKAN KICAP

masak ikan kicapBahan-bahan:

  • 3 ekor ikan kembung (digoreng bersama kunyit dan garam)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 batang lada merah (dihiris)
  • 3 inci halia (dihiris)
  • 2 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu kecil perasa
  • 1 sudu kecil gula
  • 4–5 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • ½ cawan air

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ikan kembung dengan kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sedikit minyak daripada gorengan ikan untuk menumis bawang putih, bawang besar, halia dan bawang kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yang telah dihiris dan kacau sebentar.
  4. Tuangkan kicap masin, kicap manis dan air. Masukkan gula serta perasa, kemudian kacau sehingga sebati.
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul perlahan supaya kuah menyaluti ikan dengan rata.
  7. Biarkan seketika sehingga kuah meresap ke dalam ikan. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @izyanmusamasak

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Kicap Pedas Ringkas Tapi Menggiurkan, Sekali Makan Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending