Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan cili padi, belacan dan tomato yang digoreng terlebih dahulu menghasilkan sambal dengan rasa pedas, masam dan sedikit manis.
Cara penyediaannya juga tidak susah. Semua bahan perlu digoreng sehingga layu sebelum ditumbuk bersama gula, garam dan sedikit serbuk perasa. Tak perlu menggunakan pengisar kerana sambal ini lebih sedap apabila teksturnya ditumbuk kasar.
Bila dah siap, boleh terus hidangkan bersama nasi putih panas, ikan goreng dan ulam-ulaman. Walaupun ringkas, kombinasi ini memang cukup untuk melengkapkan hidangan seisi keluarga.
Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Goreng & Tumbuk Kasar-Kasar Macam INI Barulah Lebih Terasa!
RESIPI SAMBAL TOMATO TUMBUK

Bahan-bahan:
- Cili padi thai
- Belacan
- Bawang putih
- Bawang merah
- 1 biji tomato
- Sedikit gula
- Sedikit serbuk perasa
- Garam secukup rasa
- Sedikit asam limau
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan goreng cili padi Thai, belacan, bawang putih, bawang merah serta sebiji tomato sehingga layu dan sedikit kekuningan.
- Angkat semua bahan yang telah digoreng dan biarkan sejuk seketika.
- Masukkan bahan tadi ke dalam lesung batu. Tambahkan sedikit gula, serbuk perasa dan garam.
- Tumbuk atau gesek semua bahan sehingga sebati. Jangan terlalu lumat jika suka sambal yang masih mempunyai tekstur kasar.
- Akhir sekali, perahkan sedikit asam limau dan gaul rata.
- Sambal tomato tumbuk sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan lauk kegemaran.
Sumber: Nor Hafizah Ismail
Baca juga: Sambal Belacan Yang Sedap Ikut Cara Arwah Mak, 2 Tip Ini Buat Aromanya Lebih Menyengat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

