Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Gabungan nasi goreng, udang dan telur menghasilkan hidangan yang mengenyangkan dengan rasa yang cukup menyelerakan. Resipi ini juga sesuai untuk sesiapa yang mahukan hidangan ringkas tanpa perlu menggunakan banyak bahan.

Rahsia nasi goreng yang sedap terletak pada penggunaan nasi sejuk yang disimpan semalaman. Teksturnya lebih kering dan tidak mudah melekat ketika digoreng. Aroma bawang putih dan daun bawang pula menambahkan bau yang menyelerakan, sekali gus menjadikan nasi goreng ini lebih istimewa.

Untuk menambahkan rasa, nasi goreng udang selambak ini boleh dinikmati bersama chili crisp, minyak bawang putih atau sambal Nyet. Setiap pilihan memberikan sentuhan rasa yang berbeza, sama ada pedas, rangup atau beraroma. Pilih sahaja pelengkap kegemaran untuk menikmati hidangan ini mengikut cita rasa sendiri.

Baca juga: Nasi Goreng Daging Shabu-Shabu, Nampak Ala Restoran Mewah Tapi Mudah Saja Nak Buat!

NASI GORENG UDANG SELAMBAK

nasi goreng udang selambak
Bahan-bahan:

  • Minyak masak secukupnya
  • Udang secukupnya
  • 1 biji telur
  • 1 mangkuk nasi putih semalam
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 2 sudu besar daun bawang
  • 2 sudu kecil garam
  • Lada putih secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng telur sehingga masak, kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang putih cincang dan daun bawang ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan nasi putih semalam dan gaul rata bersama bahan tumisan.
  5. Tambahkan garam dan lada putih. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan telur dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga semua bahan bercampur.
  7. Hidangkan nasi goreng dengan taburan daun bawang dan sambal pilihan anda.

Sumber: Threads @wanwa.house

Baca juga: Suami Kongsi Resipi Nasi Goreng Isteri Paling Sedap Di Dunia, Sampai Bagi Rating 10000000/10!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending