Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti ayam yang lembut dan menyelerakan. Tak perlu susah-susah ke restoran kerana hidangan ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan beberapa bahan mudah.

Menariknya, inti dumpling ini menggunakan isi ayam yang dikisar bersama lobak merah, daun sup, minyak bijan dan beberapa bahan perasa. Kulit dumpling segera pula memudahkan kerja penyediaan, jadi tak perlu buat doh sendiri dari awal.

Bila dah siap dikukus, dumpling ayam ini boleh dinikmati bersama sos Thai atau chilli oil mengikut selera. Bentuknya juga boleh dibuat mengikut kreativiti masing-masing. Memang sesuai dijadikan hidangan sampingan, snek petang atau menu untuk seisi keluarga!

Baca juga: Jom Buat Kek Batik Horlick Viral Yang ‘Confirm’ Jadi Kegilaan Ramai, Bukan Versi Coklat Biasa!

RESEPI DUMPLING AYAM KUKUS

dumpling ayam kukus

Bahan-bahan:

  • Isi ayam secukupnya
  • Lobak merah secukupnya
  • Daun sup secukupnya
  • Minyak bijan secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Mushroom seasoning jika ada
  • Garam secukup rasa
  • Kulit dumpling segera secukupnya
  • Sos Thai untuk dicicah

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan isi ayam, lobak merah, daun sup, minyak bijan, lada sulah, mushroom seasoning dan garam ke dalam pengisar.
  2. Kisar semua bahan sehingga sebati dan membentuk inti yang sesuai untuk diisi ke dalam kulit dumpling.
  3. Ambil sekeping kulit dumpling segera dan letakkan sedikit inti ayam di bahagian tengah.
  4. Lipat dan bentukkan kulit dumpling mengikut kreativiti masing-masing. Pastikan bahagian tepinya ditutup rapat supaya inti tidak terkeluar ketika dikukus.
  5. Ulang langkah yang sama sehingga inti ayam habis digunakan.
  6. Susun dumpling di dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus sehingga kulit dumpling masak dan inti ayam betul-betul masak sepenuhnya.
  7. Angkat dumpling ayam kukus dan hidangkan bersama sos Thai sebagai pencicah. Kalau ada chilli oil, boleh juga menikmatinya bersama sos tersebut untuk rasa yang lebih pedas dan menyelerakan.

Sumber: Nazuhaina Azu

Baca juga: Satu Adunan Boleh Buat 5 Jenis Kuih, Resepi Doh Mudah Serbaguna Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending