Cara simpan pisang yang betul boleh membantu melambatkan buah ini daripada menjadi terlalu lembik dan cepat rosak. Lebih-lebih lagi kalau beli pisang setandan atau ada pokok pisang yang masak dalam satu masa, memang kadangkala tak sempat nak habiskan semuanya dalam sehari.

Kalau dibiarkan pada suhu bilik, pisang yang sudah masak akan terus mengalami proses pematangan. Lama-kelamaan, kulitnya boleh bertukar kehitaman dan isi buah menjadi semakin lembut.

Jadi, ada satu petua mudah yang boleh dicuba untuk menyimpan pisang masak supaya tahan lebih lama. Caranya menggunakan bekas bertutup dan peti sejuk, tanpa memerlukan bahan tambahan yang susah dicari.

Baca juga: Cara Menyimpan Daun Sup Supaya Tak Cepat Layu, Tip Ini Boleh Buat Tahan Berbulan!

Cara-Cara Simpan Pisang Supaya Tak Cepat Lembik

cara simpan pisang

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Buang kulit pisang yang sudah kuning. Kupas pisang yang sudah masak dan asingkan isinya daripada kulit.
  2. Masukkan pisang ke dalam bekas bertutup. Susun isi pisang di dalam bekas yang bersih dan sesuai untuk penyimpanan makanan.
  3. Simpan di dalam peti sejuk. Letakkan bekas berisi pisang di bahagian pendingin peti sejuk.
  4. Ambil apabila hendak dimakan. Tutup semula bekas selepas digunakan dan simpan baki pisang di dalam peti sejuk.

Menerusi perkongsian petua ini, pisang dikatakan boleh bertahan sehingga dua minggu jika disimpan dengan cara tersebut. Bagaimanapun, tempoh ketahanan sebenar bergantung pada tahap kematangan pisang, keadaan buah dan suhu peti sejuk.

Sebelum dimakan, periksa keadaan pisang terlebih dahulu. Jika terdapat kulat, bau yang pelik atau tanda kerosakan, elakkan daripada memakannya.

Petua ini boleh dicuba kalau selalu membeli pisang dalam kuantiti yang banyak. Tak perlulah tergesa-gesa menghabiskan semuanya dalam sehari, asalkan pisang disimpan dengan baik dan diperiksa sebelum dimakan.

Sumber: Chitaki Cendawan

Baca juga: Cara Pilih Buah Jambu Batu Yang Rangup, Manis & Kurang Biji, Rupanya Tengok Warna Kulit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending