Resipi spageti karbonara homemade ini sesuai untuk anda yang mahu menyediakan hidangan pasta berkuah putih yang creamy tanpa perlu menggunakan sos segera dalam tin. Dengan gabungan susu full cream, butter, keju dan lada hitam, kuahnya boleh dibuat sendiri menggunakan bahan yang mudah didapati.
Kalau anak-anak suka makan spageti karbonara, resipi ini boleh dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam. Udang yang ditumis dengan butter pula menambahkan rasa yang lebih enak pada hidangan.
Cara penyediaannya juga tidak rumit. Anda hanya perlu merebus spageti sehingga al dente, menyediakan kuah karbonara homemade dan menggaulkan kedua-duanya sebelum dihidangkan. Jom cuba resipi perkongsian ini!
Baca juga: Resipi Spageti Buttermilk ‘Creamy’ Dengan Ayam Popcorn Rangup, Dah Cuba Sekali Mesti Nak Ulang Lagi!
RESIPI SPAGETI KARBONARA TANPA SOS SEGERA

Bahan-bahan:
- Spageti secukupnya
- Udang secukupnya
- Butter secukupnya
- Bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar tepung gandum
- Susu full cream secukupnya
- Sedikit serbuk pati ayam
- Lada hitam kasar secukupnya (ditumbuk)
- Serbuk mixed herbs secukupnya
- 1 keping keju cheddar (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Rebus spageti dalam air mendidih mengikut arahan pada bungkusan sehingga al dente, iaitu lembut tetapi masih mempunyai sedikit tekstur kenyal. Toskan dan ketepikan.
- Panaskan sedikit butter dalam kuali. Tumis udang sehingga masak, kemudian angkat dan asingkan.
- Menggunakan kuali yang sama atau kuali lain, cairkan butter secukupnya untuk menyediakan kuah karbonara.
- Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati dengan butter. Pastikan tepung tidak berketul.
- Tuangkan susu full cream sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga kuah menjadi licin. Tambah susu mengikut jumlah kuah dan tahap kepekatan yang diinginkan.
- Masukkan serbuk pati ayam, lada hitam kasar yang telah ditumbuk dan serbuk mixed herbs. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Jika suka kuah yang lebih berlemak dan berkeju, masukkan sekeping keju cheddar. Kacau sehingga keju cair sepenuhnya.
- Masukkan udang yang telah dimasak tadi ke dalam kuah dan gaul rata. Biarkan kuah mereneh seketika dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan yang diinginkan.
- Akhir sekali, masukkan spageti yang telah direbus dan gaul sehingga keseluruhan pasta bersalut dengan kuah karbonara.
- Tutup api dan hidangkan spageti karbonara ketika masih panas.
Tip: Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit susu full cream dan kacau sehingga mendapat tekstur yang sesuai. Sesuaikan juga jumlah lada hitam dan serbuk pati ayam mengikut cita rasa sendiri.
Sumber: Syarni Farida
Baca juga: Resipi Spageti Aglio Seafood, Kena Masak Begini Barulah Berjus & Tak Kering!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

