Kalau sedang cari resepi kepak ayam yang mudah dan tidak perlukan banyak bahan, boleh cuba versi ini. Hanya guna dua jenis sos untuk perap kepak ayam sebelum dimasak dalam air fryer.

Menariknya, kombinasi sos tiram dengan sos berperisa bawang putih ala Korea ini menghasilkan rasa yang cukup berperisa tanpa perlu tambah banyak bahan lain. Sos bawang putih ini juga sesuai digunakan sebagai bahan perapan daging.

Kepak ayam ini boleh diperap selama satu hingga dua jam kalau mahu cepat. Tetapi kalau ada masa, perap semalaman supaya perisanya lebih meresap. Lepas itu, terus masukkan dalam air fryer dan tunggu sehingga masak. Mudah sangat!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih, Rupanya Campur 2 Bahan Ini Buat Isi Ayam Lebih Juicy!

RESEPI KEPAK AYAM BAKAR AIR FRYER 2 BAHAN

resepi kepak ayam

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam
  • Sos tiram
  • Sos berperisa bawang putih ala Korea (jenama Mahsuri)

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan kepak ayam dan toskan sehingga agak kering.
  2. Masukkan kepak ayam ke dalam mangkuk.
  3. Tuangkan sos tiram dan sos berperisa bawang putih ala Korea. Gaul sehingga semua kepak ayam bersalut rata.
  4. Perap selama satu hingga dua jam. Kalau mahu rasa lebih meresap, boleh perap semalaman dalam peti sejuk.
  5. Panaskan air fryer jika perlu mengikut jenis alat yang digunakan.
  6. Susun kepak ayam dalam bakul air fryer tanpa bertindih.
  7. Masak pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga kepak ayam masak sepenuhnya.
  8. Jika mahu permukaan lebih garing, boleh tambah sedikit masa memasak mengikut keadaan kepak ayam dan air fryer masing-masing.
  9. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Sumber: Thread @aisyah.hazwani

Baca juga: Masak Lemak Ayam Sedap Versi Tumis, Cara Ini Buat Kuah Lebih Wangi Dan Menyelerakan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending