Selama ini ramai lebih biasa dengan bayam hijau, tetapi bayam merah juga mempunyai khasiat yang tidak kurang hebat. Walaupun kedua-duanya merupakan sayuran berdaun, warna yang berbeza menunjukkan kandungan sebatian tumbuhan yang berbeza.

Sebenarnya, kedua-dua jenis bayam mempunyai khasiat yang tersendiri. Jadi, tidak semestinya perlu memilih satu sahaja kerana memasukkan pelbagai jenis sayur dalam menu harian lebih membantu mendapatkan nutrien yang berbeza.

Baca juga: Tak Sangka Makan Kacang Kuda Ada Banyak Khasiat, Kecil-Kecil Tapi ‘Power’!

APA BEZA BAYAM MERAH DAN BAYAM HIJAU

BAYAM MERAH

bayam merah

Bayam merah mempunyai warna merah keunguan yang berasal daripada pigmen semula jadi seperti antosianin dan sebatian flavonoid.

Sebatian ini mempunyai sifat antioksidan yang membantu melindungi sel badan daripada tekanan oksidatif. Jadi, bayam ini boleh dijadikan salah satu pilihan untuk menambah kepelbagaian sayuran dalam menu harian.

BAYAM HIJAU

bayam merah

Bayam hijau terkenal sebagai sayuran yang mengandungi pelbagai nutrien seperti vitamin A, vitamin C, vitamin K, folat, zat besi, magnesium dan serat.

Ia juga mengandungi lutein dan beta-karotena yang berperanan sebagai antioksidan dan sering dikaitkan dengan penjagaan kesihatan mata.

MANA SATU LEBIH BAIK?

Kedua-dua bayam ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, tidak perlu memilih satu sahaja. Selang-selikan kedua-duanya dalam menu harian untuk mendapatkan pelbagai nutrien daripada sayuran.

Cara memasaknya juga memainkan peranan. Berikut tip memasak bayam:

  • Masak bayam dalam tempoh yang singkat supaya kehilangan nutrien dapat diminimumkan.
  • Elakkan memasak terlalu lama kerana haba boleh mengurangkan sebahagian vitamin tertentu.
  • Padankan bayam dengan sumber protein seperti telur, ikan atau ayam untuk hidangan yang lebih seimbang.

Sumber: Healthy Inspiration

Baca juga: Rupa Hampir Sama, Tapi Tak Serupa! Ini Beza Duku, Langsat, Duku Langsat & Dokong

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending