Kalau nak tahu cara masak daging goreng ketumbar yang mudah tetapi penuh dengan rasa, resipi ini memang boleh dicuba. Daging dihiris nipis kemudian diperap dengan serbuk kunyit, garam dan biji ketumbar yang disangai serta ditumbuk kasar.
Selepas diperap, daging digoreng bersama bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, cili merah dan halia. Tambahan sos tiram serta kicap manis pula membuatkan rasanya lebih umami dan sedikit manis, memang sesuai dimakan bersama nasi putih panas.
Bila daging sudah hampir garing, masukkan pula hirisan bawang besar dan kacau sekejap sehingga layu. Taburan cili merah di akhir sekali menjadikan lauk ini lebih menarik dan menambahkan lagi rasa pedas serta segar.
Baca juga: Resipi Pad Kra Pao Daging Ala Thai, Masak Dengan Api Besar Baru Lagi Sedap!
CARA MASAK DAGING GORENG KETUMBAR
Bahan utama:
- Daging manis (dihiris nipis)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- Biji ketumbar secukupnya (disangai dan ditumbuk kasar)
- Serbuk kunyit secukupnya
- 2 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan kisar kasar:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah
- Halia
Bahan taburan:
- Cili merah (dihiris)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan hirisan daging ke dalam mangkuk. Gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan biji ketumbar yang telah disangai serta ditumbuk kasar.
- Perap daging seketika supaya bahan perapan lebih sebati. Tak perlu terlalu lama kerana daging akan terus dimasak selepas itu.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar kasar dan tumis sehingga naik bau serta agak garing.
- Masukkan daging yang telah diperap. Tambahkan sos tiram dan kicap manis, kemudian gaul sehingga semua bahan sebati dan daging bersalut dengan bahan tumisan.
- Teruskan memasak sehingga daging masak dan hampir garing. Pastikan dikacau sekali-sekala supaya daging tidak melekat pada kuali.
- Apabila daging sudah hampir garing, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu tetapi masih sedikit rangup.
- Akhir sekali, taburkan hirisan cili merah. Gaul sekejap sebelum tutup api.
- Daging goreng ketumbar siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan lauk sampingan pilihan.
Sumber: Saida Wati Nordin
Baca juga: Resipi Pad Kra Pao Daging Ala Thai, Masak Dengan Api Besar Baru Lagi Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

