Mi celup antara menu yang sesuai dihidangkan bila tetamu nak datang rumah. Kuahnya dimasak menggunakan tulang lembu, ayam dan rempah sup, kemudian dilengkapkan dengan pelbagai bahan sampingan yang buat semangkuk mi celup jadi lebih meriah.
Menariknya, sukatan resipi ini sesuai untuk hidangan dalam jumlah yang banyak, kira-kira 15 hingga 20 orang. Jadi, memang sesuai kalau nak buat makan-makan keluarga, jamuan kecil atau bila ramai tetamu datang rumah.
Bahan-bahannya pun tidak terlalu rumit. Bila semua bahan sampingan sudah tersedia atas meja, masing-masing boleh masukkan mi, kuah, lauk dan topping pilihan sendiri. Lagi banyak kacang tumbuk, cili, limau nipis dan cili jeruk, lagi syok!
Baca juga: Resipi Laksa Mi Pulau Pangkor Yang Lain Dari Biasa, Kuah Dibuat Guna Rebusan Ikan & Ketam!
RESIPI MI CELUP UNTUK 15-20 ORANG MAKAN
Bahan kuah mi celup:
- Mi (dicelur)
- Kuetiau (dicelur)
- Bihun (dicelur)
- 7 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 5 batang akar ketumbar (ditumbuk)
- Lada hitam (ditumbuk)
- 1 biji bawang holland (dibelah empat)
- Halia (diketuk)
- Lengkuas (diketuk)
- Kicap sotong
- Kicap pekat
- 2 paket rempah sup siam oren
- Tulang lembu
- 1 ekor ayam (dipotong)
- Air secukupnya
- Perasa secukupnya
- Sedikit daun ketumbar
Bahan sampingan:
- Kacang tumbuk
- Serbuk cili
- Cili jeruk
- Chili oil
- Lobak jeruk
- Limau nipis
- Sambal lada (pilihan)
- Kangkung (dicelur)
- Taugeh
- Lada putih
- Lauk-Pauk
- Ayam (dicarik)
- Ikan bilis goreng
- Daging (pilihan)
- Perut lembu (pilihan)
- Paru (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk besar. Tumis bawang putih, akar ketumbar dan lada hitam yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
- Tuangkan air secukupnya mengikut jumlah kuah yang diperlukan. Untuk hidangan 15 hingga 20 orang, gunakan periuk yang besar supaya kuah mencukupi.
- Masukkan rempah sup siam oren dan kacau hingga sebati.
- Kemudian, masukkan tulang lembu dan ayam yang telah dipotong. Masukkan juga bawang holland, halia dan lengkuas.
- Tuangkan kira-kira 2 senduk kicap sotong dan 2 senduk kicap pekat. Jika suka kuah yang lebih gelap, boleh tambah lagi kicap mengikut citarasa.
- Masukkan perasa dan sedikit daun ketumbar. Biarkan kuah mendidih sehingga ayam dan tulang lembu masak serta rasa kuah sebati.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam daripada kuah. Carikkan isi ayam dan ketepikan untuk dijadikan lauk.
- Jika menggunakan daging, perut lembu atau paru, masak atau rebus terlebih dahulu sehingga empuk. Kemudian, potong kecil dan ketepikan.
- Untuk menghidang, masukkan mee, kuetiau atau bihun yang telah dicelur ke dalam mangkuk.
- Letakkan ayam carik, ikan bilis goreng, kangkung dan taugeh. Kemudian, tuangkan kuah mi celup yang panas.
- Akhir sekali, tambahkan kacang tumbuk, serbuk cili, cili jeruk, chili oil, lobak jeruk dan lada putih mengikut selera. Perah sedikit limau nipis dan tambahkan sambal lada jika suka pedas.
Sumber: Facebook Elza Zawaty
Baca juga: Cara Masak Mihun Goreng Style Orang Dulu-Dulu, Ringkas Tapi Sedap Sangat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

