cara buat lada jeruk

Kalau suka makan mi atau sup, memang wajib ada satu balang lada jeruk dekat dapur. Rasa pedas, masam dan masinnya boleh buatkan makanan biasa jadi luar biasa! Nak tahu cara buat lada jeruk yang tahan lama dan sedap? Sebenarnya mudah saja, tak perlu pun bahan pelik-pelik.

Lada jeruk ini bukan saja sesuai dimakan dengan mi sup, tapi juga boleh dijadikan pencicah atau hiasan untuk nasi goreng, bihun atau apa-apa jenis masakan berkuah. Yang penting, kalau ikut langkah yang betul, ia boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.

Kalau buat sendiri, kita boleh kawal rasa dan tahap kepedasan ikut selera masing-masing. Jimat pun jimat, tak perlu beli selalu! Dalam artikel ini, kami kongsikan resipi ringkas dan langkah demi langkah yang boleh diikut sesiapa saja, confirm menjadi!

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

CARA BUAT LADA JERUK TAHAN LAMA SAMPAI 6 BULAN

cara buat lada jeruk

Bahan-bahan:

  • Cili hijau (kalau nak pedas lagi boleh campur cili api hijau)
  • Air panas secukupnya
  • 1/2 cawan cuka
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu gula
  • Botol kaca atau bekas plastik untuk menyimpan cili

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh cili hijau hingga bersih, kemudian hiris nipis atau ikut saiz yang dikehendaki.
  2. Masukkan hirisan cili ke dalam mangkuk.
  3. Tuangkan air panas hingga menutupi cili, rendam selama 2 hingga 3 minit. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau ‘maung’ dan membunuh bakteria.
  4. Tapis dan toskan cili, kemudian ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, larutkan gula dan garam dalam air panas. Kacau hingga betul-betul larut.
  6. Masukkan cuka ke dalam larutan tadi, kacau rata.
  7. Susun cili yang telah ditos ke dalam botol kaca atau bekas plastik bersih.
  8. Tuangkan larutan ke dalam botol hingga cili tenggelam sepenuhnya.
  9. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk.

Info: Cili jeruk ini boleh tahan sehingga 6 bulan jika disimpan dengan betul.

Sumber: Zanariah Mohamed Zain

Baca juga: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN