Kalau pernah dengar tentang bubur talbinah tetapi belum pernah cuba buat sendiri, resipi ini memang sesuai untuk dicuba. Talbinah merupakan hidangan berasaskan barli yang boleh dimasak bersama susu dan madu, kemudian dinikmati sebagai sarapan atau hidangan ringan.

Dalam perkongsian asal, talbinah disediakan menggunakan biji barli yang direndam terlebih dahulu sebelum direbus sehingga empuk. Cara ini menghasilkan tekstur barli yang lembut dan masih boleh dikunyah, sebelum dicampurkan dengan susu serta madu mengikut cita rasa.

Untuk lebih menarik, bubur talbinah juga boleh ditambah dengan pelbagai bahan seperti badam panggang, kismis, kurma dan habatussauda. Hasilnya bukan sahaja nampak lebih menyelerakan, malah teksturnya juga lebih pelbagai.

Baca juga: Cara Makan Kurma Lain Dari Lain, Sedap Sungguh Rasa Lemak Butter & Rangup Kacang!

RESIPI BUBUR TALBINAH

Bahan-bahan:

  • 250 gram barli
  • Susu secukupnya
  • Madu secukupnya
  • Badam panggang (hiris atau cincang)
  • Kismis
  • Kurma ajwa
  • Habatussauda

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam biji barli selama kira-kira 2 jam supaya lebih lembut dan cepat empuk ketika dimasak.
  2. Toskan barli yang telah direndam dan masukkan ke dalam periuk. Masak dengan api besar sehingga air mendidih.
  3. Selepas mendidih, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan barli mereneh sehingga benar-benar empuk. Biasanya ia mengambil masa sekitar 1 jam, bergantung pada jenis barli yang digunakan.
  4. Barli sudah cukup empuk apabila bijinya mula pecah atau terbelah di bahagian tengah. Jika mahu tekstur yang lebih lembut, boleh teruskan memasak beberapa minit lagi.
  5. Setelah barli empuk, masukkan susu dan madu mengikut cita rasa. Kacau sebati dan panaskan seketika. Tidak perlu terlalu banyak susu kerana tekstur talbinah boleh dilaraskan mengikut kesukaan.
  6. Tuangkan talbinah ke dalam mangkuk dan taburkan badam panggang, kismis, kurma Ajwa serta habatussauda jika suka.
  7. Bubur talbinah lebih sedap dinikmati ketika masih suam. Tekstur barli yang lembut bersama rasa manis madu dan lemak susu memang sesuai untuk hidangan ringkas.

Sumber: Mastura Rashid

Baca juga: Cara Buat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah Yang Banyak Khasiatnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending