susu kunyit

Siapa sangka, amalan minum susu kunyit rupa-rupanya boleh menjadi rahsia besar untuk wanita mendapatkan kulit wajah yang bersih, berseri dan kekal awet muda. Hakikatnya, untuk memiliki kulit yang cantik berseri, ia memang perlu bermula daripada penjagaan dalaman terlebih dahulu.

Melalui satu perkongsian daripada pengguna media sosial bernama Afieyzea, beliau telah bermurah hati berkongsi resipi minuman kegemaran amalannya di rumah. Menggunakan petua orang lama ini, minuman tersebut bukan sahaja menjaga kecantikan luaran, malah menyihatkan dalaman sehingga kulit kelihatan cerah berseri dan ‘pinkish’ semula jadi!

“Biar umur masuk 30 tahun, janji tetap nampak macam 19 tahun,” selorohnya. Jom kita lihat cara penyediaan resipi susu kunyit badam madu dan apa khasiat luar biasa yang terkandung di dalamnya.

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Badan Paling Senang, Minum Air Rebusan Serai & Daun Pandan Saja!

RESIPI SUSU KUNYIT BADAM MADU

susu kunyit

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 1 inci kunyit (ditumbuk atau hiris halus)
  • 3 biji badam (ditumbuk kasar)
  • 1–2 sudu madu (ikut tahap kemanisan sendiri)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan susu dengan api perlahan, jangan sampai mendidih.
  2. Masukkan kunyit yang telah ditumbuk atau dihiris halus.
  3. Masukkan badam yang telah ditumbuk kasar.
  4. Kacau perlahan sehingga sebati dan aroma kunyit mula naik.
  5. Tutup api dan biarkan suam sedikit.
  6. Masukkan madu, kacau rata dan sedia untuk diminum.

Tips minum: Sangat digalakkan untuk minum sebelum tidur, terutamanya ketika sedang datang bulan (haid). Amalkan dengan rajin, kononnya bangun pagi wajah akan nampak lebih ‘wow’ dan segar!

Sumber: Afieyzea Aleeschaylee

Baca juga: Batuk Sebulan Tak Kebah-Kebah! Lepas Cuba Resipi Air Rebusan Pear Ini, Dada Terus Rasa Lega…

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN