terung bakar

Kalau suka lauk kampung yang ringkas tetapi penuh rasa, terung bakar santan ini boleh masuk dalam senarai menu untuk dicuba. Terung dibakar terlebih dahulu sehingga lembut dan sedikit beraroma, kemudian digandingkan dengan kuah santan yang dimasak bersama cili, bawang, belacan dan isi ikan.

Untuk resipi ini, ikan selayang atau ikan kembung direbus terlebih dahulu sebelum diambil isinya. Isi ikan tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam kuah santan, menjadikan lauk ini lebih berlemak dan sedap dimakan bersama nasi putih.

Cara membuatnya pun tidaklah susah. Bahan-bahan untuk kuah hanya perlu ditumbuk, kemudian dimasak bersama santan dan isi ikan. Akhir sekali, carikkan isi terung bakar dan tuangkan kuah santan di atasnya. Ringkas tapi memang membuka selera!

Baca juga: Terung Celup Tepung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Guna 4 Bahan Sahaja

RESIPI TERUNG BAKAR SANTAN

terung bakar

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Ikan selayang atau ikan kembung
  • Santan kotak
  • Cili
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ikan selayang atau ikan kembung sehingga masak.
  2. Angkat ikan dan biarkan seketika sehingga tidak terlalu panas. Asingkan isi ikan daripada tulang, kemudian ketepikan.
  3. Sementara itu, bakar terung sehingga masak dan kulitnya menjadi sedikit hitam.
  4. Buang kulit terung yang hitam dan ketepikan isinya.
  5. Tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
  6. Masukkan santan ke dalam periuk bersama sedikit air. Didihkan menggunakan api sederhana.
  7. Apabila santan mula mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Kacau supaya semuanya sebati.
  8. Masukkan isi ikan yang telah dibuang tulang. Biarkan kuah mendidih dan masak seketika.
  9. Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau hingga sebati.
  10. Carik-carik isi terung bakar dan letakkan dalam pinggan.
  11. Tuangkan kuah santan bersama isi ikan tadi ke atas terung.
  12. Siap! Terung Bakar Santan boleh terus dihidangkan bersama nasi putih panas.

Sumber: Zara Anna

Baca juga: Sambal Terung Pipit Ala Minang, Pedas Wangi Daun Limau Buat Tak Cukup Sepinggan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN