
Kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang sentiasa ada peminatnya. Lapisan tepung beras yang lembut dan lemak santan digandingkan pula dengan inti kelapa gula melaka yang manis dan wangi. Sekali makan memang susah nak berhenti!
Resipi kali ini juga menggunakan cara yang lebih mudah kerana inti kelapa hanya diletakkan di tengah lapisan tepung, kemudian dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus. Tak perlu risau inti terkeluar atau susah hendak membalutnya satu per satu.
Menurut perkongsian resipi ini, cara tradisional yang biasa dibuat oleh mak-mak dahulu menggunakan inti yang dibalut dengan tepung pulut. Namun, versi mudah ini boleh dicuba bagi yang teringin menikmati kuih tepung bungkus homemade tanpa proses yang terlalu rumit.
Baca juga: Resepi Bingka Kelapa, Tekstur Kenyal Dengan Bahagian Luar Garing Memang Sedap!
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

Bahan untuk adunan tepung:
- 1 cawan tepung beras
- 2 ½ cawan santan cair
- Sedikit garam
- 10 keping daun pisang, dipotong segi empat bujur
Bahan untuk inti kelapa:
- Kelapa parut putih secukupnya
- Gula melaka atau nise Kelantan secukupnya
- Sedikit air
Tip: Jika menggunakan kelapa yang masih muda, inti akan terasa lebih sedap dan lemak.
Cara-cara penyediaan:
- Sediakan inti kelapa terlebih dahulu. Masukkan gula melaka atau nise Kelantan bersama sedikit air ke dalam kuali. Masak sehingga gula hancur.
- Masukkan kelapa parut. Kacau sehingga sebati dan masak hingga airnya kering serta inti menjadi pekat. Sukatan gula dan kelapa boleh agak-agak mengikut cita rasa.
- Sediakan adunan tepung. Masukkan tepung beras, santan cair dan sedikit garam ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana sambil sentiasa dikacau.
- Masak sehingga separuh masak. Apabila adunan mula pekat, tutup api. Kemudian kacau menggunakan hand whisk sehingga adunan licin dan sebati.
- Letakkan adunan atas daun pisang. Ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong dan letakkan kira-kira dua sudu adunan tepung separuh masak.
- Masukkan inti kelapa. Letakkan tiga biji inti kelapa di tengah adunan tepung.
- Tutup dengan adunan tepung. Letakkan semula kira-kira dua sudu adunan tepung di atas inti sehingga tertutup sepenuhnya.
- Bungkus dengan daun pisang. Tutup kuih dengan daun pisang dan lipat kedua-dua hujungnya dengan kemas.
- Kukus hingga masak. Susun kuih dalam pengukus dan kukus selama kira-kira 20 minit atau sehingga masak.
- Sedia untuk dinikmati. Biarkan kuih sedikit suam sebelum dihidangkan.
Sumber: Wan Raudzah Wan Ismail
Baca juga: Resipi Cara Berlauk Selambak Tanpa Acuan, Mudah Masak Guna ‘Non-Stick Pan’ Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














