
Kalau sebut resepi bingka kelapa, mungkin ada yang terus teringat kuih tradisional yang popular di Pantai Timur ini. Di Terengganu, kuih ini turut dikenali sebagai beke nyor dan biasanya dibuat menggunakan kelapa parut, tepung pulut serta bahan-bahan yang cukup ringkas.
Teksturnya tidak sama seperti bingka yang biasa kita jumpa. Kuih ini lebih berkelapa, sedikit kenyal dan paling sedap apabila dimakan panas-panas. Bahagian atas pula boleh dibakar hingga garing untuk memberikan rasa yang lebih sedap dan wangi.
Dulu, kuih seperti ini boleh dibakar menggunakan sabut kelapa, tetapi sekarang lebih mudah kalau menggunakan ketuhar di rumah. Tak perlu bahan yang banyak atau teknik yang rumit, malah adunannya pun cukup digaul sahaja sebelum dibakar.
Baca juga: Resipi Kuih Tok Aji Serban, Gabungan Pulut Lembut & Lapisan Sekaya Yang Manis Berlemak
RESEPI BINGKA KELAPA (BEKE NYOR)

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut
- 3 cawan kelapa parut putih
- 5 sudu besar gula atau ikut tahap kemanisan
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Air secukupnya
- Sedikit minyak untuk sapu pada acuan
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam ke dalam bekas. Gaul semua bahan hingga sebati.
- Pecahkan telur dalam bekas berasingan terlebih dahulu, kemudian masukkan ke dalam adunan kelapa. Gaul hingga rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul adunan. Jangan masukkan terlalu banyak air. Adunan sebaiknya tidak terlalu pekat atau terlalu cair dan masih jelas kelihatan kelapa parut.
- Pada ketika ini, boleh rasa sedikit adunan untuk semak tahap kemanisan.
- Jika suka lebih manis, tambahkan gula mengikut citarasa.
- Sapu sedikit minyak pada acuan supaya kuih tidak melekat. Boleh gunakan acuan kecil seperti acuan cupcake atau loyang mengikut kesesuaian.
- Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 200°C menggunakan api atas dan bawah.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak. Pastikan bahagian atasnya kelihatan sedikit garing dan keperangan.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum dinikmati. Bingka kelapa ini paling sedap dimakan ketika masih panas, lebih-lebih lagi bersama secawan kopi O.
Sumber: Nor Khomariah Norrohman
Baca juga: Kuih Peria Ini Buat Ramai Kagum, Hanya Guna Jaring Buah Untuk Dapatkan Corak Cantik
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













