resepi kebab

Kalau tengah cari idea sarapan mudah untuk sarapan anak sebelum ke sekolah, jom cuba resepi kebab roti putih yang mudah dan cepat ini. Tak perlu roti pita atau bahan yang banyak, hanya guna roti putih yang memang biasa ada di rumah.

Menariknya, kebab ini boleh disiapkan dalam masa kurang 10 minit. Daging burger dimasak ringkas sebelum digabungkan dengan timun, tomato, bawang holland, sos cili dan mayonis. Kemudian, semuanya diletakkan di dalam roti putih yang dilipat dan ditekan menggunakan garfu.

Tak perlu buang bahagian tepi roti pun. Dua keping roti dicantumkan, dipotong tiga segi dan bahagian tepinya ditekan supaya inti tidak mudah terkeluar. Sapukan sedikit marjerin pada bahagian luar roti, bakar sekejap atas pan dan siap! Memang sesuai dijadikan sarapan ringkas pada waktu pagi yang sibuk.

Baca juga: Resipi Roti Bun Sosej Kayangan, Sekali Buat Terus Jadi Menu ‘Favourite’ Anak-Anak

RESEPI KEBAB GUNA ROTI PUTIH

resepi kebab

Bahan roti:

  • 2 keping roti putih
  • Sedikit marjerin

Bahan inti:

  • 1 keping daging burger
  • 1/2 biji bawang holland (dicincang)
  • Sedikit timun (dipotong kecil)
  • Sedikit tomato (dipotong kecil)
  • Sos cili secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Hancurkan daging burger dan tumis bersama bawang holland yang telah dicincang sehingga daging masak dan bawang menjadi sedikit layu.
  2. Masukkan timun dan tomato yang telah dipotong kecil. Gaul dan tumis seketika.
  3. Tambahkan sos cili dan mayonis secukupnya. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  4. Gaul semua bahan sehingga sebati dan masak seketika. Tutup api dan ketepikan inti.
  5. Ambil dua keping roti putih dan kepitkan kedua-duanya. Potong secara menyerong menjadi bentuk tiga segi.
  6. Tekan bahagian tepi roti menggunakan garfu supaya kedua-dua keping roti melekat dan membentuk poket.
  7. Sapu sedikit marjerin pada bahagian luar roti. Bakar atas pan sehingga kedua-dua bahagian roti sedikit garing dan keperangan.
  8. Selepas roti dibakar, buka bahagian yang bercantum dan masukkan inti kebab yang telah dimasak tadi.
  9. Siap! Kebab roti putih boleh terus dihidangkan ketika masih suam.

Sumber: Nur Saleza Salleh

Baca juga: Resipi Roti Gulung Jejari Ketam Yang Selalu Jadi Rebutan, Baru Hidang Dah Tinggal Pinggan Kosong!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN