resipi sambal hijau petai

Kalau anda penggemar petai, resipi sambal hijau petai ini memang wajib dicuba. Sambal yang dimasak bersama cili hijau, bawang dan air asam jawa ini kemudian ditambah petai serta ikan bilis goreng. Hasilnya, sambal yang pedas, masam dan cukup beraroma.

Menariknya, bahan-bahan untuk buat sambal ini pun tak banyak. Bawang dan cili hanya perlu dikisar kasar supaya sambal masih ada tekstur dan lebih sedap ketika dimakan.

Paling menarik, sambal hijau petai ini sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih yang baru masak. Kalau tambah telur mata goreng, memang lengkap hidangan. Lauk lain pun tak pandang dah!

Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Makan Dengan Telur Goreng Pun Dah ‘Syahdu’ Habis!

RESIPI SAMBAL HIJAU PETAI

resipi sambal hijau petai

Bahan-bahan:

  • Petai
  • Lada hijau dan cili hijau
  • Bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • Ikan bilis
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Perasa
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan petai dan ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, lada hijau dan cili hijau. Jangan kisar terlalu halus, sebaliknya biarkan sedikit kasar supaya sambal lebih bertekstur.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga betul-betul masak dan naik bau.
  4. Masukkan gula dan sedikit perasa. Tambahkan garam secukupnya sahaja kerana ikan bilis yang digunakan nanti sudah mempunyai rasa masin.
  5. Tuangkan air asam jawa dan gaul rata. Teruskan memasak sehingga sambal benar-benar masak dan sebati.
  6. Apabila sambal sudah masak, masukkan petai. Kacau sekejap supaya petai bersalut dengan sambal.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaul rata dan tutup api.
  8. Hidangkan sambal hijau petai bersama nasi putih panas. Lagi sedap kalau dinikmati dengan telur mata goreng.

Tip: Masukkan ikan bilis pada akhir proses memasak supaya teksturnya kekal lebih rangup dan tidak terlalu cepat lembik terkena kuah sambal.

Sumber: Cik Puan Nana

Baca juga: Rahsia Buat Sambal Belacan Ala Kenduri Kelantan, Pedas Manis ‘Surrr’ Buat Berpeluh Bila Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN