nasi goreng bawang putih

Nasi goreng bawang putih memang antara menu paling mudah disediakan apabila di rumah hanya ada nasi lebihan dan beberapa bahan asas. Walaupun nampak ringkas, gabungan bawang putih yang digoreng hingga garing bersama nasi panas menghasilkan aroma yang cukup menyelerakan.

Ramai sangka nasi goreng yang sedap memerlukan pelbagai sos atau bahan tambahan. Hakikatnya, hanya dengan bawang putih, telur dan sedikit serbuk perasa pun sudah cukup untuk menghasilkan hidangan yang lazat. Rahsianya terletak pada bawang putih yang digoreng sehingga keperangan kerana di situlah datangnya rasa dan bau yang membuka selera.

Kalau anda sedang mencari menu cepat untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, resipi ini memang wajib dicuba. Bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk menghabiskan nasi lebihan tanpa perlu berbelanja banyak.

Baca juga: Tak Perlu Guna Nasi! Resipi ‘Nasi Goreng’ Bunga Kubis Ini Lebih Sihat, Ringan & Sesuai Untuk Yang Diet

RESIPI NASI GORENG BAWANG PUTIH GUNA 3 BAHAN

nasi goreng bawang putih

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (cincang halus)
  • 2 biji telur
  • Serbuk perasa
  • Cili potong (tak wajib, letak jika suka pedas)

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bawang putih yang telah dicincang sehingga garing dan berwarna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama supaya aroma bawang putih kekal dalam masakan.
  3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sehingga hancur.
  4. Masukkan cili yang telah dipotong jika anda sukakan rasa pedas.
  5. Tambahkan nasi putih dan gaul hingga berderai.
  6. Perasakan dengan serbuk perasa mengikut cita rasa, kemudian gaul sehingga sebati.
  7. Masukkan semula bawang putih goreng yang telah diketepikan tadi.
  8. Gaul rata selama 1 hingga 2 minit sehingga semua bahan bercampur sempurna.
  9. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Nasi Tomato Lembut Berderai & Wangi Semerbak, Tak Pernah Masak Pun Dijamin Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN