ayam masak hitam

Kalau sebut resepi ayam masak hitam, pasti ramai yang teringat lauk istimewa yang selalu dihidangkan ketika kenduri kahwin. Kuahnya pekat, berempah dengan rasa manis yang cukup seimbang memang buat bertambah nasi. Bukan saja sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato, malah dengan nasi putih biasa pun dah cukup menyelerakan.

Ramai sangka nak buat ayam masak hitam cara kenduri agak rumit, tapi sebenarnya langkah penyediaannya sangat mudah. Rahsia utama terletak pada bahan kisar yang ditumis sehingga pecah minyak serta penggunaan jintan manis yang disangai terlebih dahulu untuk menaikkan aroma masakan.

lauk ini juga sesuai dimasak dalam kuantiti banyak dan disimpan sejuk beku. Bila nak makan nanti, cuma panaskan semula dan rasanya tetap sedap seperti baru dimasak. Jom cuba resipi lengkap di bawah!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Daun Kari Yang Wangi & Crispy, Guna 4 Bahan Saja Dah Sedap Menjilat Jari!

RESEPI AYAM MASAK KICAP ALA KENDURI

ayam masak hitam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Kicap manis secukupnya (untuk perapan)

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Cili kering yang telah direbus secukupnya
  • 4 sudu makan jintan manis (disangai tanpa minyak terlebih dahulu)

Bahan tumis:

  • 4 sekawan
  • Minyak masak secukupnya
  • Perasa
  • Kicap manis secukupnya
  • Gula merah secukupnya
  • Gula putih secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Bahan tambahan (pilihan):

  • 2 bungkus buah prune (dikisar)
  • Air secukupnya
  • Kentang
  • Tomato

Cara-cara penyediaan:

  1. Perapkan ayam bersama kicap manis selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.
  2. Sangai jintan manis tanpa minyak sehingga naik bau, kemudian kisarkan bersama bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering yang telah direbus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan 4 sekawan sehingga harum.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Jangan tergesa-gesa kerana langkah ini akan menghasilkan warna dan rasa yang lebih sedap.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap bersama sedikit air.
  6. Tambahkan kicap manis, gula merah, gula putih, garam dan serbuk perasa jika menggunakan.
  7. Jika mahu menambah kentang, masukkan pada peringkat ini supaya empuk apabila masak.
  8. Akhir sekali, masukkan buah prune yang telah dikisar. Jika suka, boleh juga masukkan tomato bersama air tadi.
  9. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sedikit kering. Rasa kuah dan pastikan ada sedikit rasa manis yang seimbang.
  10. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi putih panas.

Sumber: Bulan Indah

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai, Gerenti Kecur Air Liur Dengan Kombinasi Pedas, Masam & Manis!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN