Picnic mat with basket

Menjelang hujung minggu, tentu ramai dalam kalangan kita mula merancang aktiviti santai bersama keluarga atau rakan-rakan. Antara aktiviti yang kian menjadi kegemaran ramai masa kini adalah berkelah di taman rekreasi.

Melihat perkongsian di media sosial, konsep aesthetic picnic lengkap dengan tikar bertema, busana dan hidangan yang menarik, sememangnya cukup mengujakan. Namun, proses persiapan hidangan, pemilihan pakaian serta risiko makanan cepat basi sering kali menjadi punca kita berasa letih sebelum sempat bertolak.

Jangan bimbang! Jom baca panduan lengkap berkelah bermula daripada resipi mudah, tips pakaian yang selesa tetapi kekal aesthetic, sehinggalah pilihan lokasi berkelah yang menawarkan suasana indah seperti di luar negara!

Baca juga: 6 Pes Jenama Tempatan Ini Rahsia Lauk Sedap Macam Masakan Mak

3 RESIPI RINGKAS DAN TIDAK COMOT

Kunci utama penyediaan makanan untuk berkelah di Malaysia adalah hidangan yang mudah dipegang, tidak comot serta tahan cuaca panas.

Sandwich Roll-Up Egg Mayo & Cheese

egg mayo roll sandwich

Roti sandwich biasa mudah penyek atau menjadi lembik apabila ditindih di dalam beg. Teknik gulungan ini jauh lebih kemas dan praktikal.

Bahan-bahan: 6 keping roti putih (dibuang tepi), 2 biji telur rebus (dilenyek), 2 sudu makan mayonis, sedikit lada hitam dan kepingan keju.

Cara Penyediaan:

  1. Leperkan roti putih menggunakan penggelek.
  2. Gaul telur rebus, mayonis dan lada hitam sehingga sebati.
  3. Letakkan kepingan keju di atas roti, kemudian ratakan adunan egg mayo.
  4. Gulung dengan kemas dan potong dua secara senget.

Tips: Balut setiap gulungan dengan baking paper dan ikat menggunakan tali jut ringkas. Selain kelihatan menarik, tangan anak-anak juga tidak akan kotor semasa menikmati hidangan ini.

Sate Buah Segar + Dip Yogurt Madu

fruit skewers with yogurt dipping

Buah-buahan yang dipotong kiub di dalam mangkuk kerap mengeluarkan air dan cepat lembik. Menyediakannya dalam bentuk sate adalah kaedah yang lebih bersih dan menarik minat anak-anak.

Bahan-bahan: Anggur, strawberi, kiwi atau mana-mana buah kegemaran dan batang sate.

Bahan Pencicah: 1 cawan Greek Yogurt + 1 sudu makan madu murni.

Cara Penyediaan:

  1. Cucuk buah-buahan secara berselang-seli mengikut susunan warna pada batang sate.
  2. Campurkan yogurt dan madu di dalam bekas kedap udara.
  3. Simpan sate buah dan pencicah di dalam cooler bag berais sebelum bertolak agar kekal sejuk dan segar.

Sparkling Honey Lemon Tea

sparkling honey lemon tea

Berbanding minuman manis yang mudah dihurung serangga, bancuhan teh lemon madu bersoda ini jauh lebih menyegarkan apabila dinikmati ketika cuaca panas.

Bahan-bahan: Air teh O sejuk, 2 sudu makan madu, perahan jus lemon dan air galian berkarbonat (sparkling water).

Cara Penyediaan: Campurkan teh O, madu dan jus lemon. Apabila tiba di lokasi berkelah, tuangkan sparkling water dan masukkan ketulan ais untuk mengekalkan kesegarannya.

GAYA PERKELAHAN SELESA & INSTAGRAMMABLE

Woman enjoying picnic on mat

Aktiviti berkelah bersama keluarga tidak bermakna anda perlu mengorbankan penampilan. Anda masih boleh tampil anggun dan kemas tanpa mengganggu keselesaan semasa menguruskan anak-anak.

Pakaian: Dress atau set suai padan (co-ord set) daripada fabrik linen atau cotton yang menyerap peluh. Warna pastel atau corak floral kecil amat sesuai dengan latar belakang taman. 

Aksesori: Topi jerami (straw hat) dan cermin mata hitam. Aksesori ini bukan sahaja melindungi kulit daripada sinar UV, malah menaikkan gaya penampilan.

Peralatan: Tikar berkelah kalis air dengan corak kotak-kotak serta bakul anyaman.

Bagi anda yang ingin mencari gaun bertema floral, topi jerami, mahupun tikar berkelah yang kalis air pada harga berpatutan, terokai koleksi menarik di SHEIN MY atau Zalora MY.

TOP 3 LOKASI BERKELAH di KL & SELANGOR

Selepas hidangan dan penampilan siap sedia, berikut tiga pilihan lokasi taman awam yang luas, bersih serta mesra keluarga:

1. Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Dikelilingi pokok pain dan bukit-bukau yang indah, suasananya amat nyaman pada awal pagi dan memberikan persekitaran seolah-olah berada di taman pergunungan luar negara.

2. Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Taman rekreasi ikonik ini terletak di pusat bandar raya, Kuala Lumpur. Pepohon rendang yang terdapat di sekitar kawasan rumput menjadikannya sesuai untuk keluarga bersama anak kecil atau warga emas.

3. Taman Persekutuan Bukit Jalil

Menawarkan kawasan International Garden dan pemandangan tasik yang tenang, kemudahan taman permainan kanak-kanak di sini amat luas dan diselenggara dengan baik.

Sekiranya berhasrat untuk berkelah di luar kawasan Kuala Lumpur seperti di Pulau Pinang atau Ipoh, anda boleh menyemak tawaran tarikan keluarga atau tempahan penginapan mesra dapur melalui Traveloka atau Agoda untuk perancangan yang lebih jimat.

CHECKLIST PERKELAHAN KELUARGA

Sebelum bertolak dari rumah, pastikan anda menyemak senarai keperluan ini:

  • Hidangan dan minuman sejuk
  • Tikar berkelah kalis air
  • Tisu basah
  • Plastik sampah
  • Kipas tangan elektrik
  • Krim pelindung matahari
  • Pakaian Selesa / Pakaian Extra untuk anak-anak

Di manakah lokasi pilihan anda untuk berkelah hujung minggu ini? Atau adakah anda mempunyai resipi sandwich tersendiri yang sering menjadi kegemaran keluarga? Kongsikan pandangan mahupun resipi menarik anda pada ruangan komen. 

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN