resepi butter tteok

Resepi butter tteok kini menjadi antara carian yang semakin popular selepas pencuci mulut ini tular di media sosial. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas seperti tepung pulut, mentega, susu dan telur, anda sudah boleh menghasilkan hidangan yang rangup di bahagian luar tetapi lembut serta kenyal di dalam.

Keunikan teksturnya membuatkan ramai ingin mencuba sendiri di rumah. Bahagian luarnya berwarna perang keemasan dan sedikit rangup, manakala isi di dalam kekal lembut serta kenyal. Ia sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pencuci mulut untuk seisi keluarga.

Baca juga: Resepi Kek Span Strawberry Gebu, Lembut & Tak Bau Hanyir Telur, Ramai Suka Simpan!

RESEPI BUTTER TTEOK

resepi butter tteok

Jika anda sedang mencari resepi butter tteok yang mudah diikuti, inilah antara versi yang menggunakan bahan-bahan ringkas dan langkah penyediaan yang tidak rumit. Hasilnya bukan sahaja cantik, malah mempunyai aroma mentega yang harum dan tekstur yang memikat.

Bahan-bahan:

  • 200 gram susu segar
  • 25 gram mentega (butter)
  • 1 biji telur
  • 50 gram gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 130 gram tepung pulut
  • 15 gram tepung ubi

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.

2. Sapukan sedikit mentega pada acuan muffin atau cupcake.

3. Cairkan mentega sehingga cair sepenuhnya.

4. Dalam mangkuk, satukan mentega cair, susu segar, telur, gula kastor dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.

5. Masukkan tepung pulut dan tepung ubi ke dalam adunan.

6. Kacau sehingga adunan menjadi licin tanpa berketul.

7. Tapis adunan supaya teksturnya lebih halus.

8. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan.

9. Bakar selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaannya bertukar perang keemasan dan kelihatan garing.

10. Angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.

Tips Hasilkan Butter Tteok Yang Rangup Dan Kenyal

  • Gunakan mentega berkualiti untuk mendapatkan aroma yang lebih harum.
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan masak sekata.
  • Tapis adunan sebelum dibakar untuk menghasilkan tekstur yang lebih licin.
  • Jangan keluarkan butter tteok terlalu awal. Biarkan permukaannya benar-benar keperangan bagi mendapatkan lapisan luar yang rangup.
  • Nikmati ketika masih suam kerana teksturnya lebih lembut dan kenyal.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama susu segar jika mahukan rasa yang lebih berlemak.
  • Laraskan masa pembakaran mengikut jenis dan prestasi oven masing-masing.

Jika anda gemar mencuba resipi viral yang mudah dan sedap, resepi butter tteok ini memang berbaloi untuk dimasukkan dalam senarai menu yang wajib dicuba di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Brownies 3 Bahan Ini Hanya Guna Air Fryer, Tak Perlu Oven Pun Tetap Jadi Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN