resepi kangkung goreng

Kalau sebut tentang resepi kangkung goreng, ramai yang terus terbayang kangkung goreng belacan atau kangkung tumis biasa. Namun sebenarnya kangkung juga boleh diolah menjadi hidangan rangup yang sedap dan sesuai dimakan sebagai kudapan mahupun lauk sampingan.

Kangkung goreng crispy ini wajib dicuba kerana teksturnya yang rangup seakan-akan snek. Menariknya, sayur yang biasanya kurang digemari kanak-kanak boleh bertukar menjadi hidangan yang mereka makan tanpa banyak alasan. Sekali cuba, memang susah nak berhenti mengunyah!

Resipi ini juga sangat mudah disediakan kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas yang biasanya memang ada di dapur. Sesuai dibuat ketika mencari idea menu ringkas untuk makan tengah hari atau minum petang bersama keluarga.

Baca juga: Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

RESEPI KANGKUNG GORENG CRISPY

resepi kangkung goreng

Bahan-bahan:

  • Kangkung (dipotong dan dibersihkan)
  • Tepung gandum atau Tepung Bestari
  • Tepung beras
  • Garlic salt
  • Sedikit serbuk paprika (pilihan)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh kangkung sehingga bersih dan toskan airnya.
    Dalam mangkuk, satukan tepung gandum atau Tepung Bestari, tepung beras, garlic salt dan serbuk paprika jika suka.
  2. Masukkan sedikit demi sedikit air sambil dikacau sehingga menjadi bancuhan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Masukkan kangkung ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga semua bahagian kangkung disaluti rata.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  5. Goreng kangkung sedikit demi sedikit sehingga bertukar warna keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  7. Hidangkan ketika masih panas untuk menikmati kerangupan yang maksimum.

Sumber: Saida Wati Nordin

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Bila Makan Tak Ingat Dunia!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN