
Resepi jus retinol kini menjadi antara minuman viral yang ramai cuba di rumah selepas tular di media sosial. Walaupun gabungan bahan nampak agak luar biasa, ramai terkejut apabila hasilnya sangat sedap, segar dan masam manis.
Pada awalnya ramai yang ragu-ragu untuk mencuba resepi jus retinol, namun selepas blend sendiri, rasa minuman ini terus mencuri hati kerana kesegarannya yang “ngam” diminum sejuk-sejuk.
RESEPI JUS RETINOL

Bahan-bahan:
- 1 biji epal hijau
- 1 biji epal merah
- 1 biji oren
- Jus daripada 1 biji lemon
- 1 biji beetroot (saiz sederhana)
- 1 batang lobak merah
- Halia hidup sebesar ibu jari
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- Sedikit air
Cara-cara Penyediaan:
1. Basuh semua buah dan sayur sehingga bersih.
2. Kupas kulit oren, beetroot, halia dan kunyit jika perlu.
3. Potong kecil semua bahan supaya mudah dikisar.
4. Masukkan epal, oren, lemon, beetroot, lobak merah, halia dan kunyit ke dalam blender.
5. Tambahkan sedikit air untuk bantu proses kisar.
6. Kisar sehingga betul-betul halus dan sebati.
7. Tapis jika mahu tekstur lebih licin.
8. Tuang ke dalam gelas dan sedia diminum.
Tips Supaya Resepi Jus Retinol Lebih Sedap:
- Sejukkan buah-buahan sebelum dikisar untuk rasa lebih segar
- Gunakan epal yang manis untuk seimbangkan rasa masam
- Tambah ais untuk rasa lebih “fresh” dan menyegarkan
- Gunakan blender berkuasa tinggi supaya tekstur lebih halus
- Boleh tambah sedikit madu jika mahu rasa lebih manis
Resepi jus retinol ini bukan sekadar minuman viral, tetapi juga pilihan segar yang sesuai untuk diminum pada bila-bila masa. Walaupun nampak ringkas, gabungan buah dan sayur ini menghasilkan rasa masam manis yang sangat menyegarkan dan mudah diterima tekak.
Ramai yang mencuba sekali, terus jatuh cinta dengan jus retinol dan menjadikannya minuman kegemaran di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ummi Aida
Baca juga: Buat Jus Pandan Serai Mudah Di Rumah, Hasilnya Badan Ringan & Tidur Lebih Lena Setiap Malam
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














