
Resepi ayam black pepper memang antara lauk yang tak pernah mengecewakan dan selalu jadi kegemaran ramai di rumah. Kombinasi rasa pedas lada hitam, masam manis dari sos, dan aroma tumisan bawang buatkan hidangan ini cukup menyelerakan walaupun dimakan dengan nasi putih sahaja.
Kalau pergi restoran pun menu ayam black pepper memang antara pilihan popular. Tapi sebenarnya, kalau buat sendiri di rumah lagi puas hati sebab boleh adjust rasa ikut selera. Nedas lebih, nak pekat lebih, semua boleh kawal.
Resipi ini juga sesuai untuk hidangan keluarga sebab bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya pun tak rumit. Dengan tambahan kentang goreng dan sayur segar, memang lengkap satu hidangan yang mengenyangkan.
Baca juga: Cara Defrost Ayam Beku Agar Cepat Cair, Guna Bahan RAHSIA Ini Sekejap Dah Lembut!
RESEPI AYAM BLACK PEPPER SIMPLE

Bahan utama:
- 1 ekor ayam
- 1 biji bawang merah besar
- Bawang putih & halia (dikisar)
- 1 biji tomato
- 2–3 biji kentang (potong wedges, goreng dahulu)
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- Lada hitam (dikisar kasar)
- Sedikit kicap pekat
- Sedikit kicap manis
- Sos tomato
- Sos lada hitam
- Sedikit air
Bahan perap:
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili
- Sedikit halia & bawang putih (dikisar)
- Garam
Cara-cara penyediaan:
- Perap ayam dengan bahan perap selama 20–30 minit supaya rasa lebih meresap.
- Goreng ayam sehingga separuh masak sahaja. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia yang diblend bersama lada hitam hingga naik bau dan harum.
- Masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati sehingga kuah nampak sekata dan berkilat.
- Masukkan ayam yang telah digoreng bersama kentang goreng. Gaul rata supaya semua bahan disaluti kuah.
- Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Kemudian masukkan tomato, cili merah dan cili hijau. Gaul sebati.
- Perasakan dengan garam secukupnya (boleh skip jika rasa sudah cukup kerana sos dan kicap sudah ada rasa).
- Bila kuah sudah pekat dan semua bahan mesra, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Shameema Ahamed
Baca juga: Tak Perlu Lauk Lain! Ayam Sambal Bawang Ini Buat Ramai Ketagih Nak Tambah Nasi
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














