
Cara buat perapan daging yang betul sangat penting untuk memastikan hasil daging kekal lembut, berjus dan penuh rasa bila dibakar. Jika salah teknik, daging boleh jadi keras dan kurang menyerap perisa walaupun menggunakan bahan yang sama.
Perkongsian resipi Daging Harimau Menangis ini diinspirasikan daripada Niniey Mohammad, yang menggunakan bahan dapur mudah tetapi menghasilkan rasa yang padu seperti restoran. Rahsia utama terletak pada gabungan bahan dan tempoh perapan sekurang-kurangnya beberapa jam.
Baca juga: Cara Buat Perapan Sate Dan Kuah Kacang Yang Padu, Sumpah Menyengat!
CARA BUAT PERAPAN DAGING HARIMAU MENANGIS

Bahan-bahan:
- Daging lembu (untuk grill / BBQ)
- Bawang putih tumbuk
- Sos cili
- Sos tiram
- Kicap manis
- Kicap sotong
- Lada hitam
- Gula perang
- Minyak zaitun
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan daging ke dalam bekas yang sesuai.
2. Tambahkan bawang putih tumbuk.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan kicap sotong.
4. Taburkan lada hitam dan gula perang.
5. Tuangkan minyak zaitun.
6. Gaul semua bahan sehingga sebati dan rata pada daging.
7. Simpan dalam peti sejuk untuk proses perapan.
8. Perap sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sebelum dimasak.
9. Untuk rasa lebih meresap, perap semalaman.
10. Bakar atau grill sehingga daging masak sempurna dan keperangan cantik.
Tips Daging Harimau Menangis Lebih Sedap dan Juicy:
- Pilih daging yang mempunyai sedikit lemak untuk hasil lebih lembut.
- Jangan bakar terlalu lama supaya daging tidak menjadi keras.
- Keluarkan daging dari peti sejuk 15–20 minit sebelum dibakar.
- Jangan terlalu kerap membalikkan daging ketika grill.
- Biarkan daging rehat 5 minit selepas dibakar supaya jus tidak hilang.
Dengan teknik cara buat perapan daging yang betul ini, Daging Harimau Menangis akan menjadi lebih berperisa, lembut dan berjus seperti di kedai makan popular. Rahsianya bukan hanya pada bahan, tetapi pada masa perapan yang mencukupi.
Selamat mencuba!
Sumber: Niniey Mohammad
Baca juga: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Gerenti Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














