resepi colek buah simple

Kalau di rumah ada mangga muda, jambu batu atau nanas, memang wajib cuba resepi colek buah simple ini. Dengan gabungan gula Melaka, belacan dan cili padi, hasilnya cukup padu dengan rasa pedas, manis, masam dan sedikit masin yang memang membuka selera.

Menariknya, resepi ini tidak memerlukan banyak bahan atau proses yang rumit. Hanya tumbuk dan gaul beberapa bahan asas, anda sudah boleh menikmati colek buah homemade yang sedap dan sesuai dinikmati bersama pelbagai jenis buah-buahan segar.

Baca juga: Resepi Pencicah Thai Homemade, Confirm Sedap Untuk Ayam, Sotong Dan Kerabu!

RESEPI COLEK BUAH SIMPLE GUNA GULA MELAKA

resepi colek buah simple

Colek buah ini menggunakan gula Melaka untuk memberikan rasa manis yang lebih kaya dan aroma yang lebih wangi berbanding gula biasa. Gabungan bersama asam jawa dan belacan pula menjadikan rasanya lebih seimbang dan menyelerakan.

Bahan-bahan:

Cara-cara Penyediaan:

1. Tumbuk garam, cili padi dan belacan sehingga lumat.

2. Masukkan gula Melaka atau nise, kemudian tumbuk sehingga sebati.

3. Tuangkan sedikit demi sedikit asam jawa yang telah dibancuh.

4. Masukkan kicap lemak manis mengikut citarasa.

5. Gaul atau tumbuk sehingga semua bahan bercampur rata dan menghasilkan tekstur yang pekat.

6. Rasa terlebih dahulu dan sesuaikan tahap pedas, masam atau manis mengikut selera masing-masing.

7. Siap untuk dihidangkan bersama buah-buahan kegemaran.

Tips Buat Colek Buah Lebih Sedap:

  • Gunakan gula Melaka asli untuk rasa yang lebih lemak dan wangi.
  • Bakar belacan terlebih dahulu sebelum ditumbuk bagi menaikkan aroma colek.
  • Jika suka rasa yang lebih pedas, tambahkan cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.
  • Jangan masukkan terlalu banyak air asam jawa supaya tekstur colek kekal pekat.
  • Biarkan colek berehat selama 5 hingga 10 minit sebelum dimakan supaya semua rasa lebih sebati.

Colek ini memang sesuai dinikmati bersama mangga muda, jambu batu, kedondong, nanas, sengkuang dan pelbagai lagi buah-buahan masam yang menjadi kegemaran ramai. Sekali cuba, memang susah nak berhenti mencicah!

Selamat mencuba!

Sumber: sheeyyrraa10

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN