cara menghalau semut

Pernah tak bila nak petik suis lampu, tiba-tiba nampak semut berderet keluar dari celah soket elektrik? Masalah ini buat ramai orang tercari-cari cara menghalau semut yang berkesan, terutama bila ia muncul di kawasan suis dan soket rumah.

Sebenarnya, semut yang bersarang dalam suis elektrik bukanlah perkara luar biasa. Ruang di dalam dinding yang gelap, terlindung dan sedikit hangat memang menjadi tempat kegemaran semut untuk membina sarang. Sebab itu walaupun dah dibersihkan di luar, semut tetap akan muncul semula selepas beberapa hari.

Menerusi perkongsian pakar kawalan perosak, @khairunnaim4 di TikTok, beliau menerangkan sebab kenapa semut suka berkumpul di kawasan seperti ini. Dalam masa yang sama, beliau turut berkongsi cara halau semut yang lebih selamat dan tidak merosakkan sistem pendawaian elektrik di rumah.

Baca juga: 3 Petua Mudah Nak Buat Semut ‘Serik’ Naik Atas Meja, Makan Pun Jadi Lebih Selesa Tanpa Gangguan

Kenapa Soket Elektrik Jadi Tempat Kegemaran Semut?

cara menghalau semut

Menurut penjelasan dalam video tersebut, semut masuk ke dalam rumah biasanya kerana dua sebab utama iaitu mencari tempat perlindungan dan mencari makanan.

Soket elektrik atau plug point menjadi lokasi yang sesuai untuk mereka atas beberapa faktor:

  • Laluan yang tersembunyi: Sistem pendawaian elektrik di dalam dinding rumah biasanya bersambung antara satu sama lain. Bila semut berjaya masuk ke satu soket, mereka sebenarnya sudah menemui “laluan pintas” atau terowong kecil yang membolehkan mereka bergerak ke kawasan lain seperti bilik tidur, bilik air dan dapur dengan mudah.
  • Suhu yang sesuai: Ruang di dalam dinding dan sekitar suis selalunya lebih hangat berbanding kawasan lain. Keadaan ini sangat sesuai untuk semut membina sarang dan membiak dengan lebih selamat tanpa gangguan dari luar.

Jangan Sesekali Guna Semburan Jenis Air (Water-Based)!

Satu kesilapan besar yang sering dilakukan apabila nampak semut di suis elektrik ialah terus menyembur racun serangga jenis cecair atau berasaskan air (water-based).

Tindakan menyembur cecair terus ke dalam soket elektrik sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan litar pintas. Jika ini berlaku, sistem elektrik rumah boleh rosak dan anda mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk kerja pendawaian semula seluruh rumah.

Cara Menghalau Semut Guna Umpan Jenis Gel

Untuk mengatasi masalah semut yang bersarang di dalam komponen elektrik, cara yang paling efektif dan selamat adalah dengan menggunakan racun semut jenis gel.

Langkah-langkahnya:

  1. Beli gel umpan semut: Anda boleh dapatkan racun semut jenis gel ini dengan mudah di pasar raya, kedai perkakasan atau platform dalam talian.
  2. Titiskan di kawasan strategik: Letakkan sedikit gel (cukup satu atau dua titik sahaja) di kawasan berhampiran soket atau laluan luar yang biasa dilalui semut. Elakkan meletakkannya di dalam lubang soket.
  3. Biar semut bawa balik ke sarang: Semut akan tertarik dengan gel tersebut, memakannya dan membawa sisa racun itu kembali ke sarang mereka di dalam dinding.
  4. Hapuskan seluruh koloni: Kaedah ini berfungsi secara berantai, jadi seluruh koloni termasuk ratu semut yang berada di dalam sarang juga akan terhapus.

Mudah kan? Selepas ini, kalau nampak semut mula buat ‘port’ dekat suis lampu rumah, jangan panik dan jangan main sembur saja. Guna trik umpan gel ini supaya masalah setel dengan selamat dan poket pun tak bocor! Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @khairunnaim4

Baca juga: Perangkap Lipas Homemade Guna 3 Bahan Dapur, Buat Sekali Terus Nampak Hasil

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN