
Biasa kita dengar tentang perangkap tikus, tapi kali ini, mak-mak boleh cuba cara mudah untuk buat perangkap lipas pula. Binatang ini sering muncul tiba-tiba dalam almari dapur atau bahkan di dalam kereta. Yang paling menjengkelkan, ia cepat beranak-pinak.
Ramai orang biasanya menggunakan spray atau membeli ubat gegat untuk mengawal lipas. Namun, bahan-bahan ini tidak bertahan lama dan baunya pula kuat, kadang-kadang boleh buat kepala pening.
Bagi yang ingin cara lebih praktikal dan selamat, mak-mak boleh mencuba perangkap lipas homemade menggunakan bahan-bahan mudah yang ada di dapur sahaja iaitu marjerin, susu pekat manis dan minyak masak.
Kaedah ini juga sangat sesuai untuk kereta, kerana lipas boleh muncul bila terdapat sisa makanan atau sampah yang tertinggal, terutama selepas anak-anak makan di dalam kereta.
Baca juga: Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!
CARA BUAT PERANGKAP LIPAS GUNA 3 BAHAN DAPUR

Bahan-bahan untuk buat perangkap lipas:
- Marjerin
- Susu pekat manis
- Minyak (boleh guna minyak masak biasa atau minyak terpakai)
Cara-cara buat:
- Campurkan semua bahan hingga sebati.
- Letakkan campuran ini di penjuru atau tempat yang selalu dilawati lipas, sama ada dalam dapur atau kereta.
- Biarkan semalaman. Keesokan hari, andaboleh lihat hasilnya, lipas yang banyak akan tertarik dan terperangkap.
Sumber: TikTok @chaaaxoxo
Baca juga: Cara Halau Tikus Dari Dapur Tanpa Racun, Confirm Tak Berani Tinggal Jejak lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














