
Ayam sambal bawang memang antara lauk paling mudah tapi rasanya boleh buat makan bertambah-tambah. Gabungan ayam goreng rangup dengan sambal bawang yang harum, pedas dan sedikit manis memang cukup menyelerakan. Sesuai sangat untuk menu harian bila tak tahu nak masak apa.
Resipi ini jenis ringkas tapi sedap, tak perlu bahan pelik-pelik pun. Semua bahan asas dapur sahaja, tapi hasilnya memang padu macam lauk di kedai makan. Kalau anda suka lauk pedas beraroma, sambal bawang ini memang kena cuba. Lagi nikmat bila dimakan panas-panas dengan nasi putih.
Baca juga: Ayam Masak Merah Raya Jadi Rebutan, Wanita Ini Kongsi Resipi Ringkas Tapi Kuah Memang Padu
RESIPI AYAM SAMBAL BAWANG

Bahan ayam goreng:
- Ayam
- Garam
- Kunyit serbuk
Bahan sambal:
- Bawang besar 2 biji (mayang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan)
- Bawang besar 1 biji
- Halia 1 hiris
- Bawang putih 3 ulas
- Cili kering 3–4 sudu besar
- Daun pandan
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Sos cili 2 sudu besar
- Garam dan gula secukup rasa
- Cili padi hijau (optional)
Cara-cara penyediaan:
- Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng separa masak hingga sedikit keemasan. Ketepikan.
- Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus.
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar bersama daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
- Masukkan cili kering dan gula, kacau hingga pecah minyak.
- Tambahkan sos cili dan sedikit air, gaul rata.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati dengan sambal.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah digoreng dan cili padi hijau (jika suka pedas).
- Gaul rata dan siap untuk dihidang.
Sumber: Norashikin Ismail
Baca juga: Resipi Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut, Cara Ini Lagi Ringkas Tapi Hasilnya Rasa Tetap ‘Kick’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














