
Tips daging cepat empuk menggunakan teknik 5:30:7 kini semakin viral di Threads selepas ramai pengguna mengaku daging jadi lebih lembut, cepat masak dan tak lagi liat walaupun hanya guna periuk biasa. Cara ini dikongsikan oleh pengguna Threads, Nourul Nadhieya, dan ramai yang dah cuba sendiri serta puas hati dengan hasilnya.
Menariknya, teknik ini tak perlukan pressure cooker atau petua rumit. Hanya guna konsep haba panas yang terperangkap dalam periuk, daging dikatakan boleh jadi empuk dalam masa lebih singkat dan pada masa sama membantu jimat gas.
Baca juga: Cara Cuci Daging Supaya Tak Hanyir, Letak 1 Bahan Rahsia Ini Buat Isi Lebih Wangi & Juicy
APA ITU TEKNIK REBUS DAGING 5:30:7?

Teknik ini menggunakan haba panas yang terperangkap dalam periuk untuk membantu melembutkan daging secara perlahan tanpa perlu rebus terlalu lama.
Maksud teknik 5:30:7 ialah:
- 5 minit – Rebus daging dalam air yang sudah mendidih
- 30 minit – Tutup api dan biarkan periuk bertutup rapat
- 7 minit – Rebus semula sehingga daging lebih lembut
Walaupun nampak ringkas, ramai kata inilah antara tips daging cepat empuk yang paling menjadi dan mudah dibuat di rumah.
CARA BUAT TIPS DAGING CEPAT EMPUK 5:30:7

Bahan:
- Daging
- Air secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan daging dan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Panaskan hingga air mendidih sepenuhnya (rolling boil).
3. Rebus selama 5 minit menggunakan api kuat.
4. Tutup api dan tutup periuk rapat-rapat.
5. Biarkan selama 30 minit tanpa buka penutup.
6. Selepas itu, buka semula api dan rebus lagi selama 7 minit.
7. Siap — daging biasanya sudah lebih empuk dan lembut.
KENAPA TIPS DAGING CEPAT EMPUK INI BERKESAN?
Rahsia teknik ini sebenarnya terletak pada wap panas dan haba yang masih kekal dalam periuk walaupun api sudah ditutup. Dalam tempoh 30 minit itu, haba terus membantu memecahkan serat daging supaya teksturnya jadi lebih lembut.
Sebab itu penting untuk:
- Jangan buka penutup periuk ketika proses 30 minit
- Pastikan air betul-betul mendidih sebelum mula kira 5 minit
- Gunakan periuk bertutup rapat supaya haba tak keluar
NETIZEN KATA MEMANG MENJADI!
Di ruangan komen media sosial, ramai pengguna berkongsi mereka dah cuba sendiri tips daging cepat empuk ini dan hasilnya memang memuaskan. Ada yang kata daging cepat lembut walaupun guna bahagian yang biasanya keras dan liat.
Kalau anda belum pernah cuba, bolehlah test sendiri teknik 5:30:7 ni di rumah. Mana tahu lepas ni tak perlu dah rebus daging berjam-jam!
Semoga bermanfaat!
Sumber: nourulnadhieya
Baca juga: 13 Petua Lembutkan Daging Yang Liat, Rupanya Ramai Tak Tahu Tips No. 5 Paling Berkesan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














