jenis laksa di malaysia

Kalau sebut tentang jenis laksa di Malaysia, memang setiap negeri ada versi laksa tersendiri yang cukup unik dan istimewa. Dari utara sampai ke Pantai Timur, setiap laksa mempunyai rasa, kuah dan bahan yang berbeza mengikut identiti negeri masing-masing.

Menariknya, setiap jenis laksa menggunakan bahan dan rempah yang berbeza untuk menghasilkan identiti rasa tersendiri. Ada laksa yang menggunakan ikan sebagai asas kuah, ada pula yang dicampur santan untuk rasa lebih lemak dan creamy. Malah, cara hidangan juga tidak sama kerana sesetengah negeri menambah ulam, nanas, telur rebus atau sambal sebagai pelengkap rasa.

Kalau waktu hujan atau bila tekak teringin makanan berkuah panas, semangkuk laksa memang cukup memuaskan. Tidak kira sama ada dimakan di gerai tepi jalan, restoran terkenal atau hasil air tangan sendiri di rumah, laksa tetap jadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Sebab itulah hidangan ini terus popular dan sering menjadi buruan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Baca juga: Dari Kotak Susu Jadi Pemegang Minuman, Kreativiti Barista Stesen Minyak Ini Curi Perhatian Netizen!

JENIS LAKSA DI MALAYSIA IKUT NEGERI

Kalau anda peminat makanan berkuah dan suka mencuba hidangan tradisional tempatan, jom kenali beberapa jenis laksa popular di Malaysia yang wajib masuk dalam senarai makanan anda!

1. Laksa Penang

jenis laksa di malaysia

Laksa Penang atau lebih dikenali sebagai Asam Laksa merupakan antara laksa paling terkenal di Malaysia. Kuahnya diperbuat daripada ikan kembung atau sardin yang direbus, kemudian dimasak bersama asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.

Rasanya cukup unik kerana gabungan masam, pedas dan sedikit manis. Biasanya dihidangkan bersama laksa beras tebal serta ulaman seperti timun, bawang merah, nanas dan daun pudina.

2. Laksa Johor

jenis laksa di malaysia

Laksa Johor sangat terkenal di Malaysia kerana menggunakan spageti menggantikan mi laksa biasa. Kuahnya pula lebih pekat dan berlemak kerana menggunakan santan serta ikan parang.

Cara makannya juga unik kerana digaul bersama ulam-ulaman segar seperti kacang panjang tauge, timun, daun kesum dan sambal sebagai pelengkap.

3. Laksa Sarawak

Kalau pergi ke Sarawak, memang rugi kalau tak cuba Laksa Sarawak. Kuahnya lebih berempah dan wangi, biasanya dimasak menggunakan pes khas yang sukar didapati di negeri lain.

Laksa ini sering dihidangkan bersama udang, hirisan ayam, telur dadar dan limau kasturi. Aromanya memang cukup membuka selera terutama waktu sarapan.

4. Laksa Kedah

jenis laksa di malaysia

Laksa Kedah pula terkenal dengan kuah ikan yang lebih pekat, masam, pedas dan rasa isi ikan yang kuat. Biasanya orang utara suka makan bersama cili padi dan belacan untuk rasa lebih padu.

Mi laksa yang digunakan juga lebih lembut dan mudah menyerap kuah. Memang sedap dimakan panas-panas bersama ulam-ulaman segar seperti daun putat dan daun kesum, serta dimakan dengan bebola telur rebus.

5. Laksa Kelantan

Di Kelantan, laksa lebih dikenali sebagai laksam. Bentuk mi lebih lebar dan kuahnya pula putih berlemak menggunakan santan serta isi ikan.

Rasanya lebih berkrim dan sedikit manis, memang cukup sinonim dengan cita rasa orang Pantai Timur. Biasanya dimakan bersama ulam segar dan sambal.

6. Laksa Kuala Perlis

jenis laksa di malaysia

Sumber gambar: Facebook Orang Perlis

Laksa Kuala Perlis memang terkenal di utara Malaysia, dan selalunya orang akan bandingkan dengan Laksa Kedah. Tapi Laksa Perlis ada identiti sendiri iaitu kuahnya lebih cair sedikit tetapi rasa ikan sangat kuat dan segar.

Biasanya menggunakan ikan selayang atau ikan kembung yang direbus dan ditumbuk, kemudian dicampur dengan kuah asam yang simple tapi menyengat. Hidangan ini selalunya dimakan dengan sambal cili padi yang memang “kick”.

7. Laksa Melaka

Nyonya Laksa atau Laksa Nyonya Melaka mempunyai pengaruh masakan Peranakan dan biasanya dikaitkan dengan laksa lemak atau curry laksa.

Rasanya lebih lemak manis, creamy dan tidak terlalu pedas berbanding laksa lain yang berasaskan ikan yang masam. Biasanya dihidangkan dengan tauhu, telur rebus, udang dan daun kesum yang menaikkan aroma.

Kalau anda suka laksa yang “rich” dan berkrim, Nyonya Laksa memang pilihan terbaik. Ia antara laksa yang paling popular di Melaka selain asam laksa.

8. Laksa Terengganu

Sumber gambar: Facebook Nyonya Cats

Laksa Terengganu pula mempunyai beberapa variasi kuah seperti kuah merah, kuah putih atau kuah tumis. Ia bergantung pada tradisi setempat.

Hampir sama dengan laksa Kelantan, namun versi Terengganu ini lebih ringan dan tidak terlalu pekat. Boleh dikatakan ia ringkas, tapi tetap menyelerakan.

Sumber: Facebook

Baca juga: Sebelum Masak Gulai Tempoyak, Jom Kenali Beza Ikan Patin Sungai & Kolam Yang Ramai Masih Keliru

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN