resepi gulai ketam

Resepi gulai ketam memang antara lauk paling nikmat bila tiba waktu makan tengah hari bersama keluarga. Bau santan yang lemak, digabungkan dengan rasa manis isi ketam yang segar, memang boleh buat nasi tambah tanpa sedar.

Kalau di Kelantan, gulai ketam ini memang antara hidangan kampung yang terkenal. Tak perlu bahan yang terlalu rumit pun, cuma guna bahan asas dapur dah boleh hasilkan kuah gulai yang pekat, wangi dan menyelerakan.

Resipi ini sesuai sangat untuk mereka yang nak masak lauk cepat tapi tetap rasa macam masakan tradisional orang lama. Lagi nikmat kalau makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar.

Baca juga: Resepi Ketam Telur Masin Berkrim Ala Restoran, Rasa Padu Pasti Membuka Selera Keluarga!

RESEPI GULAI KETAM KELANTAN

resepi gulai ketam

Bahan-bahan:

  • 8 ulas bawang merah / 1 labu bawang besar
  • 5 hiris lengkuas
  • Kunyit serbuk secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • Santan (anggaran 1–2 cawan ikut kepekatan disukai)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Ketam (dibersihkan dan dipotong)
  • Air secukupnya (jangan terlalu banyak)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang merah/bawang besar bersama lengkuas hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masak selama lebih kurang 5 minit hingga naik bau wangi. Tambahkan sedikit air sahaja (jangan terlalu banyak supaya kuah tak cair).
  3. Masukkan kunyit serbuk dan asam keping. Kacau rata supaya rasa sebati dalam kuah.
  4. Masukkan ketam dan masak sehingga warna ketam bertukar merah tanda ia sudah separuh masak.
  5. Bila ketam dah berubah warna, barulah masukkan santan. Kacau perlahan supaya santan tak pecah.
  6. Tambahkan garam dan sedikit gula. Rasa seimbang masin dan manis adalah kunci gulai ini.
  7. Biarkan seketika hingga kuah sedikit pekat dan sebati. Tutup api dan hidangkan panas-panas.

Sumber resipi dan gambar asli dari: MyResipi

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ketam Masak Kam Heong, Hasil Kuah Pekat Buat Sesiapa Pun Terpikat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN